My Followers

Showing posts with label Anis Sofhya. Show all posts
Showing posts with label Anis Sofhya. Show all posts

Saturday, March 14, 2015

Resah dan Gelisah Kerana Bayi Demam: Apa yang perlu dilakukan?

Oh anakanda ku sayang... Demam pula kamu selepas kena cucuk imunisasi... Terus Ibu dan Abah sambung cuti menjaga kamu. Yerlah sayang... Pukul 3 pagi baru Ibu berjaya kejutkan Abah yang nyenyak tido... Dan sampai ke siang Abah tak boleh tidur bimbangkan kamu sayang. Macammana la Abah sanggup tinggalkan kamu untuk pergi kerja.

Check suhu telinga Anis terus menunjukkan 38.9 celcius. Apa yang aku buat?
  1. Capai Koolfever tampal di kedua-dua ketiak dan belakang leher (ada pendapat mengatakan bahaya tampal di dahi dan ada juga penafian pendapat ini, Wallahuallam.. Aku taknak amik risiko)
  2. Basahkan kain lap tangan dengan air suam dan lap dikepala, ubun-ubun, leher... Orang Kedah panggil nie "jelom". Kenapa air suam? melalui pembacaan di internet, air suam akan membuka ruang-ruang pori kulit dan akan menyebabkan suhu lebih cepat keluar
  3. Berusaha untuk susukan Anis sekerap dan sebanyak mungkin... Bayi yang demam perlukan air di dalam badan untuk kurangkan panas. Susu ibu lebih mujarab namun susu formula juga boleh membantu. Asalkan bayi minum. Alhamdulillah selera Anis masih belum hilang. Dia menyusu dengan baik. Esoknya lampin dia penuh dan berat dengan air kencing :D
  4. Tukar selimut dia. Aku guna kain napkin jer. Nipis sket supaya haba tidak terkurung. Baju pun patut pakai yang nipis tapi aku taknak ganggu Anis yang tido
  5. Kipas aku sentiasa 'On'kan. Cuma pastikan jangan terlalu kuat. Bukak Low atau Medium dah memadai.
  6. Mandikan dengan air suam dan lap sikit-sikit jer agar air menyerap ke dalam badan. Air suam akan buka ruang pori kulit untuk membebaskan suhu badan.
Alhamdulillah suhu Anis menurun ke 38.1 celcius... Namun panas dia up and down oleh sebab tue Cik Puan si ibu Anis sarankan beri ubat demam pada Anis... Ini pilihan terakhir ya tuan-tuan dan puan-puan...
Jadi paginya Anis dan sihat seperti biasa, mula galak dan ramah bersembang lebih dari biasa. Tapi tengahari suhu macam naik kembali... Apa lagi... ulang langkah 1 hingga 3 di atas... dan hari nie Alhamdulillah Anis bebas demam sepenuhnya... 

Untuk pembacaan mengenai demam boleh baca di:

Saturday, February 21, 2015

Bawa Anak Bersunat

Alhamdulillah. Selesai satu tanggungjawab sebagai bapa kepada anakku Anis Sofhya. Hari ini Sabtu, 21 Feb 2015 bersamaan 2 Jamadilawal 1436 bertempat di Klinik Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang pada pukul 4 petang, selamatlah anak sulungku  berkhatan diusianya 3 bulan dan 9 hari!

Pengalaman yang agak mendebarkan tambah-tambah lagi dengan tangisan yang bersungguh-sunguh dari Anis Sofhya. Cukup mensayukan hati seorang bapa! Redha dan pasrah. Bayaran yang dikenakan hanya RM30. Puas juga nak memujuk dan bagi dia diam. Masuk dalam kereta terus senyap dan mula start bersembang semula. Sekali sekala dia meragam. Di rumah pun sama dan bila dia tertidur legalah rasa. Bila tersedar dia srat menangis semula sampailah ibunya salin lampin dan buang kapas yang diletakkan di tempat berkhatan. Selepas tue Alhamdulillah dia dah ok. Mungkin kapas tue yang buat dia x selesa tambah bila dia kencing menyebabkan kapas basah dan terkena pada bahagian luka.

Silap tak tukar awal-awal... haih...

Untuk maklumat lanjut berkaitan berkhatan dan hukumnya, bolehlah rujuk di SINI yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Harap-harap Anis Sofhya tidur lena malam nie... Kesian baby ku

Friday, February 20, 2015

Next Step of Life!

Parenting!

Syukur Alhamdulillah sudah 3 bulan dan 8 hari aku dan isteri menjadi Ibu dan Abah kepada Anis Sofhya yang sangat sihat dan comel.

Dan sebelum ini aku selalu terdetik dan mengatakan kepada kawan-kawan yang ajak melepak, macamn nak lepak, masa untuk diri sendiri pun tak ada... 

Dan bila dah jadi ibu dan bapa, ko nak tido, nak makan, nak mandi dan apa sekali pun... kena pastikan anak didahulukan... Tido sedap dah tak ada dahhhhh!!!

Cepatlah membesar sayang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...