My Followers

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Ang Pow: Murah Rezeki di Tahun Baru Cina

Yes! Hari pertama bekerja selapas Tahun Baru Cina betul-betul bertuah!

Pagi-pagi lagi Timothy, member satu team aku dah bagi Ang Pow. Since aku agak sibuk mengajar bakal orang baru dalam team, aku tak sempat nak bukak tengok berapa nilai Ang Pow tue. Petangnya masa otw balik rumah barulah Cik Puan bukak dan nilainya adalah RM10. Tahun lepas dia bagi RM5.

Esoknya pulak Mr Poon iaitu boss aku pulak yg bagi dan nilainya kali nie adalah RM20. Wuhuuuu Alhamdulillah. Rezeki Allah dikala aku kesempitan. Walaupun cuma RM30 tapi besar nilainya bagi sesetengah orang.

Dan pada hari Jumaat pulak, Cik Puan ajak pergi CNY Open House merangkap House Warming boss dia di Riverview Kemensah Taman Melawati. Dia cuma jemput staf ofis diorang saja. Gila-gila punya luas, cantik dan ekskulif rumah boss dia! Nilai pun juta-juta tuuuuu.... Dan kat sini aku dan Cik Puan dapat Ang Pow sorang RM6 tapi bukan dari boss dia tapi dari salah seorang rakan ofis diorang. Dah 2 tahun boss dia tak bagi Ang Pow sebab tahun lepas kematian Ibu mertua jadi perlu berpantang selama 3 tahun mengikut adat dan kepercayaan orang-orang Cina.

Jadi tahun nie sempena Tahun Baru Cina aku dapat Ang Pow bernilai RM36! Banyak tue untuk orang yang dah jadi bapak budak nih! Hahahaha

Ini dia Red Packet atau Ang Pow yang aku dapat baru-baru nie

Dua-dua untuk aku :D

1 untuk aku dan 1 untuk Cik Puan

Sunday, October 20, 2013

CIMB Fiesta is BACK!

Meet me there on the last day since I'll be on duty to look after the floor. I'll be roaming around on every hall all the time from 10am to 9pm. Sebenarnya hari Khamis lepas aku dah ada sana sampai kejang abis kaki. Biasalah dah lama badan nie tak dilasakkan. Asyik tido,  makan, keje. Itu rutin harian sejak lepas kahwin. Nasib baiklah esoknya hari Jumaat dok melepak mengadap PC jer kat opis. Hari last nie mudah-mudahan semuanya smooth. Dengar citer Puan isteri dan adik-beradiknya pun nak ke sana jugak. Weeee x sabar nak dating kat floor sambil keje :p

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Terakhir

Diam tak diam hari ni dah masuk 15 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Jika Ramadhan tahun lepas aku dihujani dengan ujian dari Allah, Ramadhan kali ini nampaknya agak lancar. Syukur pada Allah. Sepanjang berpuasa, kebanyakan hari hanya berbuka di rumah dengan juadah dari Bazar Ramadhan Damansara Damai dan dari Shah Alam sampai adakalanya hilang idea nak makan apa. Walaupun banyak juadah yang dijual tapi bosan juga kalau tiap-tiap hari bungkus. InsyaAllah, hari nie nak masak sendiri di rumah walaupun simple. Since hari ini berbuka sorg2 di rumah (2 org housemate balik kampung) dan tak ada plan utk berbuka di luar, rasanya better masak ala kadar saja.

Sepanjang 15 hari nie, hari pertama berbuka di kampung, 1 kali berbuka dengan seorang sahabat baik di luar dan 1 kali berbuka dengan buffet di Cosy Place Wangsa Maju bersama cik tunang tersayang dengan izin parents dia. Actualy nie first time kami berbuka dan dinner sama2. Biasanya kami hanya berjumpa seminggu sekali atau selang dua minggu sekali pada hujung minggu dan aku akan hantar dia balik sebelum Maghrib. Itu disiplin kami walaupun agak rushing bila nak ke sana. Bila rushing, aktiviti menonton wayang biasanya akan diketepikan utk beri masa yg lebih utk diri masing2 dan rasanya dah lama tak tengok wayang dengan si dia sebab tak sempat :)

Sepanjang Ramadhan nie jugak memang tak dapat dinafikan perasaan rindu pada arwah mak membuak2. Kalau mengikut kalender Hijrah, 23 Ramadhan nie genap setahun mak kembali ke Rahmatullah. Kalau kalender Masihi, 23 Ogos nie... Mmg berdebar-debar nak mengadap suasana Syawal kali nie tanpa arwah mak dan arwah kakak ipar. Kadang2 rasa takut utk berdepan dengan Syawal. Mak meninggal ketika aku dah dewasa dan boleh berfikir dengan waras namun rasa sebak ketika teringatkan arwah memang x boleh hilang. Aku tak dapat bayangkan macamana anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa sejak kecil begitu tabah mengharungi hidup sehari-hari. Pesanan ku pada yang masih punya ayah dan bonda, jangan lukakan hati mereka, berusahalah utk buat mereka rasa bangga, gembira dan bahagia punya anak seperti kita. Seandainya umur kita panjang, itulah juga yg kita harapkan dari anak2. Dan kasihilah dan hormatilah anak-anak yatim jika berpeluang bertemu mereka. 

Ya, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, ini adalah Ramadhan terakhir ku sebagai seorang bujang :)

Dan aku mengharapkan yang terbaik seandainya ini adalah Ramadhan terakhir ku di dunia ini...

Thursday, July 12, 2012

7 July 2012 - Al-Fatihah untuk Arwah Kakak Ipar ku, Nor Haslinda

Dugaan demi dugaan menimpa keluarga aku. Semua nie ujian Allah. Belum pun setahun mak kembali ke Rahmatullah (23/8/2011), pada pagi Jumaat 6/7/2012 pula satu-satunya kakak ipar ku pula kembali kepada-Nya pada usia baru 22 tahun! Puncanya serangan jantung. Arwah ada masalah jantung sejak kecil dan pernah di operate di IJN. Selepas berkahwin, doktor dapati injapnya bocor dan batu dalam hempedunya.

Pukul 9.30 pagi aku dapat panggilan telefon dari abg aku dan dia tanya, 'boleh balik dak?'. Masa tue aku dah suspen.. Aku tanya dia kenapa. Then dia cakap Linda (kakak ipar aku) dah meninggal. Memang masa tue aku betul2 terkejut dan tangan terus menggigil-gigil sebabnya seminggu sebelum itu aku memang ada di kampung dan dapati arwah semakin sihat dan hampir kembali seperti sedia kala. Trus aku kemas-kemas, bagitau boss dan trus balik umah amik pakaian. Pukul 10.40 aku masuk Tol Sungai Buloh sampai umah pukul tepat pukul 2 ptg aku sampai umah di kampung. Mmg pecut habis. Berenti skjp isi minyak dan beli burger buat lapik perut.

Sampai-sampai jer, dah ada orang kampung dan saudara mara yang datang. Aku terus masuk rumah  dan kemas-kemas bilik air dan ajak anak buah aku angkat tempat mandi jenazah dari Surau ke rumah. Masa tue jenazah belum sampai dari Sungai Petani (kakak ipar aku dan  mak arwah actually pergi rumah kakak dia di Sungai Petani sebab dah lama x pergi) dan masih dalam perjalanan. Lbh krg pukul 2.30 petang, jenazah pun sampai. Aku bantu mengangkat jenazah. 

Sedih masa tue lihat kesedihan mak kakak ipar aku. Mak dia peluk aku dan aku cuma mampu berkata sabar banyak-banyak. Arwah anak bongsu keluarga dia. Selepas mak aku meninggal, mak kakak ipar aku kerap tinggal di rumah kami di kampung sebab kesihatan kakak ipar aku makin merosot. Dia la yang temankan kakak ipar aku di wad sementara abg aku pergi bekerja. 

Sementara abg aku bersedih dan berjumpa2 dengan kawan-kawan, saudara-mara dan orang2 kampung, aku uruskan hal-hal kain kapan dan bayaran2 utk upah mandi jenazah, solat jenazah, van dan sebagainya. Mulianya orang-orang kampungku, semuanya sedekahkan semula. Aku pun sempat ke kedai sekejap beli persediaan-persediaan utk majlis tahlil  malam tue. Pengalaman uruskan jenazah Arwah Tok  dan Arwah mak memudahkan urusan kali ini. Cuma dari segi emosi, kami sekeluarga belum bersedia cuma terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi.

Lebih kurang pukul 5.30, jenazah disolatkan, pukul 6 bergerak ke tanah perkuburan. Hujan renyai-renyai semasa talkin dibacakan.

Aku sangat sedih dan bersimpati dengan abg. Selepas berkahwin pada 26/6/2010, dia dan arwah x sempat gembira lama sebab kesihatan arwah x menentu. Dan selepas ulangtahun ke-2 perkahwinan mereka, mereka terpaksa berpisah selama-lamanya. Banyak dugaan yang abg aku tempuh. Dengan gaji yang x seberapa, dia terpaksa mananggung kos ulang alik ke hospital, kos perubatan arwah, terpaksa cuti tanpa gaji dan macam-macam lagi. Banyak lagi kisah-kisah yang aku x boleh kongsi yang terpaksa abg dan arwah lalui. Arwah juga pernah sanggup bermalam di wad dan menjaga arwah mak walaupun dia sendiri baru keluar wad ketika itu.

Dalam sebulan dua ini pun, abg aku sendiri x sihat. Ntah lah. Semoga abg aku terus tabah utk jaga seorang kakak aku dan rumah peninggalan arwah mak  dan bapa di kampung. Seperti kata-kata pakcik aku, peninggalan arwah kakak ipar ku ini ada banyak hikmahnya. 

Ya Allah ya Tuhan ku, cucurilah rahmat ke atas roh kakak ipar ku. Ampunkanlah dosa-dosanya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi
Tabahkan hati mu abang ku

p/s: Gambar di atas nie menyedarkan aku betapa kurusnya arwah ketika pergi... dan macam x percaya betapa cepatnya arwah pergi meninggalkan kami...

Sunday, June 24, 2012

An escapism from the hectic living of KL and SAYS.my new Updates!

For almost 2 years not having a so called holiday, I managed to fly away from KL to Kuala Terengganu from 22th to 24th June 2012 for a short escapism. It was actually my five times here and this time it is more to rilex and lepak with my two good friend, Kyle and Fazhan. They will manage Smart Collection EDP perfume in Kuala Terengganu.

Great silk batik hand and machine painting at Desa Murni
And hopefully can supply Batik Silk from Desa Murni to Sabah.

Kyle doing a purchase for his mother. While a famous Erra Fazira is Desa Murni Ambassador
Holidays to Terengganu would not considered as complete without having their most famous local dish which is Keropok Lekor.

BTB 2209. I came here two years ago but this time they use numbering system to queue for an order. I think the system is not good enough to cater  the long waiting customer. Its take approximately 15 minutes just to move to another number! So Kyle and I make a move to another shop.
I do not remember the shop's location and name but it takes around 20 minutes to arrived from BTB 2209. We can taste for free here. They sell 50 cent for  a single bar of  keropok lekor but the size is smaller than BTB 2209. However the length is still the same. Size doesn't matter but the quantity is and it is good enough to bring home for my friends and family.
Kyle and Fazhan also drove me for about 1 and half hour from Kuala Terengganu to Kota Bahru to have lunch at a local famous Nasi Ulam Cikgu Kraf Tangan, Kota Bahru. The crunchy of fried ikan keli, fried chicken, ulam-ulam, the melting sambal belacan and the famous budu really fulfill the hunger. The taste is awesome  eventough it just look like a normal kampung dishes. From the taste I can put the place as the must visit place in Kota Bahru, Kelantan. 
On our way home back to Kuala Terengganu, we stop by at the road side after looking at 1 food stall selling Maggi Ketam. After a small chit chat with the stall owner and a visit at the stall kitchen and store, why not to try. RM31 for 2 plain water, 1 lai chee and 2 bowls of maggi ketam, the price for three of us. 
In the blink of an eye, my Meggi Ketam gone!
Thank you to Fazhan and Kyle for the great food and weekend.

Alhamdulillah, my target to reached RM500 after the holiday achieved! PERHATIAN! Sila gunakan cara yang betul untuk mendapatkan unique clicks. Mulai hari ini, shout box akan dikeluarkan dari blog ini sebab 90% link yang ditinggalkn adalah shorten url utk iklan-iklan says.my. I'm sorry but no sorry for you. Please leave your link in my comment form and I will come back for you.

Sunday, April 15, 2012

Ku kongsi rasa ini...

Sudah berbulan-bulan arena ini ditinggalkan kerana rasa itu semakin hilang. Andai dulu aku ghairah mengatur kata, namun kata-kata itu sudah tenggelam puncanya. Ku gagahi tika ini kerana aku rasa perlu berkongsi rasa dengan teman-teman setiaku. Rasa itu bukan lagi pahit seperti sebelum ini, sehinggakan kamu semua berhak merasai kemanisan ini.


Ku mohon kalian doakanlah segala perancangan ini dipermudahkan dan dirahmati Allah S.W.T. 

Saturday, October 22, 2011

Di mana...

Ku cari kekuatan itu untuk meninggalkan jauh kisah-kisah lama dan kenangan-kenangan lalu. Pergilah pahit, manis, suka, kecewa, senda tawa, sendu sedan kerana setiap hari ada lembaran baru perlu dibuka. Tinggallah semua perkara lalu kerana kenyataan kehidupan berada di hadapan. Semuanya tentang Qada' dan Qadar...

Ini bukan kenyataan kecewa, tetapi ini kenyataan kehidupan yang perlu dihadapi setiap dari kita. Tiada guna hidup dengan kenangan lalu andai kita gagal menggarap kehidupan mendatang.


Notaku: Sangat berat untuk memulakan tetapi tidak mudah untuk mengakhiri...

Monday, July 18, 2011

I Found You

Out of millions and i found you
something tells me dream does come true
just a glimpse of you and my day is through
i would do anything, just to be with you

time and space, became words of yesterday
when i can have all of you to spare
every night before you sleep
think of me and i'll be there



Thank Kyle :). U r such a great friend!



And to my dearest xxxxx xxxxx , will you be my special one, the one and only, in my heart for the rest of my life?

Aishiteru :)

Thursday, June 30, 2011

Monday, June 27, 2011

Hari Sabtu dan Ahad = Hari Makan


Nampak tak gambar sebelah tue? Diet la sangat kan hari Sabtu dan Ahad lepas? Terima kasih Lipor kerana memberi motivasi untuk makan. Dengan spagethi ayam yg dia masak, siap ratah ikan kembung goreng cili lagi. X cukup dengan tue, air kotak teh bunga Drinho, soya bean drinho semua aku bedal. Kat E-Curve pulak aku sebat ayam goreng Popeye sebelum layan KL Gangster. Sodapppppp hahahah

Sebelum ke rumah Susie pun aku dah makan sepinggan sayur campur dan separuh ikan bawal goreng. Mmg kenyanglah!

Hari Ahad pulak, pagi x breakfast sebab mengejar masa utk ke Midvalley utk lawan bowling. Bila sampai ingatkan penganjur sediakan breakfast, rupa-rupanya hanya senyuman sahaja. Lunch pulak bihun goreng + ayam goreng berempah. Telan ajerlah sbb dah lapar punya pasal. Cakap pasal bowling, ehem ehem! Team aku dapat nombor 5 dari 16 team yang bersaing, jadi dapatlah bawak balik... Nie nak bawak balik kampung sebagai hadiah untuk mak aku.


Lepas makan bihun dalam perjalanan nak balik singgah pulak kat Papparich Jalan Telawi Bangsar. Aku order Asam Laksa dan Lemon tea with honey. Malam makan di Restoren Mek di Giant Kota Damansara. Restoren nie dimiliki oleh Muqharabbin Mukhtaruddin, pendaki gunung Everest kot rasanya. Segan nak ajak dia bergambar malam tue. Tengoklah nanti, nak pegi makan lagi dan bergambar dengan dia.

Menu kat restoren tue agak best. Lebih kurang menu dari Kenny Rogers Rooster juga tetapi bezanya dari segi rasa dan decoration. Deco di atas pinggan nampak lebih menarik dan rasa ayamnya pun lagi sedap dan terasa rempah-rempahnya. 

Sapa yang pernah makan Ayam Golek Nara Tom Yam, Pantai Dalam, rasanya lebih kurang tue la. Ada dua jenis sos. Satu merah, satu lagi hijau. Memang unik. 




Tue jer dulu... Gudnite :)


Sunday, June 26, 2011

Bowling Challenge 2011

weeiihuuuu currently at Midvalley for bowling tournament organize by Consumer Sales KL, Telekom Malaysia.

My total pinfall only 348 from 3 games and the overall for my team manage to score 1280 pinfall

Jom kita lawan lak nak? Bila? Kat mana? Invite me!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, June 19, 2011

Apa Khabar Wahai Jodoh Ku?


Ya Allah, jika sekiranya dia bukan jodoh untukku, maka jauhkanlah bayangan dia dari ingatanku ini. 
Jika dia adalah jodohku, maka tetapkanlah hati kami dan ibu bapa kami berdua untuk menyatukan kami berdua. Amin

This song is for you

Saturday, June 18, 2011

Hari Ini Hari Apa???

Oh yeahh!!!! Sudah hari Sabtu. Hari untuk bersenang lenang, hari untuk bersantai-santai, hari untuk basuh baju, suar dan mengemas rumah. Hari Sabtu juga adalah hari untuk bergembira bersama keluarga, sahabat handai, kawan-kawan dan juga hari untuk keluar berbelanja!!!!

Tapi tunggu!!! Ingat tak pesanan saya dulu???

Saturday: no plastic bag day


Ok, kalau nak keluar shopping make sure to bring together your shopping bag with you all the time. Instead, it is good if we can use it everyday. Just fold it and put it your handbag or in your backpack. Ringan jer kot dan TIDAK menggunakan ruang yang banyak pun...

Together we support Live Green for a sustainable earth. Sementara menunggu Earth Hour 2012, jom ramai-ramai kita tunjukkan sokongan di sini, di 'Live Green' anjuran wwf.org.my. It's a lifetime action from us towards a greeny, refreshing and healthy earth! Bukan sekadar tutup lampu sejam ok!

Oh terlupa, apa tue 'Double A 60 Days Challenge'?

Wednesday, June 8, 2011

Letih la!!!

I am so tired on my working days!
To become worse
my traffic currently dramatically 
DROP!!!

Saturday, June 4, 2011

Awat? - Part 2

Tu dia... awat jadi lagu nie? Hari nie dah 4 Jun, hari Sabtu. Last aku post hari Ahad lepaih! Mak aiiiii awat la aku jadi lagu nie? Terkejut pasai harga HTC Flyer yang mahai sangat tue kot? hehehe takpa2... hari nie kita sambung lagi. 

Sebelum sambung, baca dulu Awat? - Part 1. Kalau tak mau baca pun takpa. Tak dak sapa pun nak marah hangpa. Nie kan free country, dah 54 taun dah pun negara kita merdeka. Kita toksah dok kalut na.... Ok dak?

Wednesday, May 25, 2011

Awat? - Part 1

Apa habaq semua? Harap-harap hangpa semua sihat-sihat belaka la no. Aku macam biasala... tengah letih dan malaih nie. Tadi tepat2 jam 5.45 ptg aku keluaq opis semata-mata nak p jumpak kawan-kawan lama kat Sapura Wangsa Maju dan ambik payslip last kat Sapura. Nie minggu ketiga aku di CIMB dan ni la kali pertama aku keluaq sharp! Kemarin aku keluaq pukui 7.45 malam.

Tiap2 pagi aku sampai kat parking area Menara SBB Bukit Damansara pukul 8 pagi. Lepaih tue aku layan dulu radio HotFM dan HitzFM dalam keta sampai pkl 8.20 pagi br aku p bayaq parking lebih kurang sampai pukui 11.40 pagi. Jimat la sket duit sementara nak ada moto (kalau ada sapa2 nak sponsor habaq awai2 na). Aku saja la dok agak2 sendiri, antara  pukui 11.40 sampai pukui 2 tue xdak la kot DBKL ka.. polis ka... yang dok gatai nak p check orang bayaq parking ke dak tengah2 panaih tue (Hangpa x rasa panaih ka? oooo lagi panas kat neraka... ok2 hehehe)

Pukui 12 aku pi  makan tengahari dengan partner satu team dengan aku, aku panggil dia Gee. Cun, muda lagi dlm 24 tahun umoq dia. Hangpa jgn ingat aku p gheja nak menggatai, aku p gheja nak cari rezeki yang halal ja... So xdak niat nak cari kekasih hati ka apa kat sini. Dr hari pertama aku kat CIMB, sampai la tadi aku makan tengahari dengan dia kecuali hari dia MC sekali dan hari dia p JPN amik I/C baru dia (Ha aku nak tanya hangpa lagi... awat aku dok try apply replacement i/c x buleh2 melalui internet hah?). 

Letih la... Cerita baru sampai time lunch hour tapi la nie dah pukui 12 mlm dah. Esok la sambung. Ngantuk!

P/S: Kak Halima, ok dak?

Information

For every RM10 you pledge, Alex Au-Yong will run 10 Meters! Let's make him run 100,000 Meters!

Saturday, May 21, 2011

YAMAHA LAGENDA 115ZR or 135LC CLUTCH 5-SPEED?

Yamaha 135LC CLUTCH 5-SPEED

Black - 135LC CLUTCH 5-SPEED

White - 135LC CLUTCH 5-SPEED. I prefer this :)
I really love the bike. Tadi ptg berpeluang melihat, sentuh dan duduk di atas generasi terbaru 135LC di Ah Hong Motor, Sentul. Ah Hong's price are bit high after a friend of mine did a comparison with one Honda Authorized Dealer near Persiaran Batu Caves and another Yamaha's Authorized Dealer, Kok Motors not far from Selayang. Knowing that, I left Ah Hong to join my friend, Najib.

Ah Hong's required RM3600 deposit with RM230/m for 24 months but Kok Motors and Honda offer RM3500 deposit with RM200/m x 24 months. Honda requires the buyers to pay RM150 for processing fee and need to wait around one week for the stock. I think, the price Ah Hong offering was due to 'free' attractive gift for his customers. Still considering but can't decide. Moto nie sangat panas dan sangat risau takut hilang!

Read more on the specifications at http://www.yamaha-motor.com.my/135lces/home.html

YAMAHA LAGENDA 115ZR
Blue - Lagenda 115ZR. I prefer this too
Another kapcai i'm looking for is Lagenda 115ZR. I just love the attractive colour. So 'ranggi' and the design is not bad too. The price were not bad and in my budget. Ah Hong's RM2500 dep with RM180/m for 24 mths. Honda, RM2500 dep, with RM170/m for 24 mths and RM150 for processing fees and also need to wait for one week for the stock to arrive. Kok Motors requires RM2500 dep, RM170/m for 24 months and the stock is ready. Just bring I/C and deposit money. 

Read more on the specifications at http://motomalaya.net/blog/category/lagenda-115z/

After the comparison, I will go to Kok Motor someday for the transaction but not yet decide which bike I'm on to.

I need some advise. Thank you

Friday, May 20, 2011

Not in the Mood

Thank you so much 
to someone who has spoiled my happiness
for the ego
you are most welcome
the true colours showing off bright
and it is brighter in every second
until the explosion
as the 'value' too low
you put it
so despicable
and with God's will
what goes around comes around
no more words
for the disappointment
except
thank you so much
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...