Sudah berbulan-bulan arena ini ditinggalkan kerana rasa itu semakin hilang. Andai dulu aku ghairah mengatur kata, namun kata-kata itu sudah tenggelam puncanya. Ku gagahi tika ini kerana aku rasa perlu berkongsi rasa dengan teman-teman setiaku. Rasa itu bukan lagi pahit seperti sebelum ini, sehinggakan kamu semua berhak merasai kemanisan ini.
Ku mohon kalian doakanlah segala perancangan ini dipermudahkan dan dirahmati Allah S.W.T.
1. Akhirnya milage kete mencecah 100,000 pada 1/1/2012 selepas hanya baru 2 tahun setengah dipandu.
2. Dapat housemate baru
3. Jubin lantai rumah yg rosak/pecah dengan sendirinya sebulan sejak sebulan yang lalu akhirnya dibaiki
4. Akuarium yang dibeli 2@3 tahun lepas retak selepas hampir siap dibasuh akibat terlepas dr tangan kerana licin
5. Beli akuarium baru yg lebih kecil supaya senang nak urus
6. My classic iPhone 3G mula mengalami masalah. Kemuncaknya sampai terpaksa restore back to factory setting. Nasib baik ada software dan data backup pada 11/12/2011 tapi byk juga yg hilang. Cuma nak kena jailbrake semula...
Semoga Allah melimpahi rezeki yang berpanjangan, kebahagian yang berterusan, kerberkatan, dan zuriat yang baik-baik... Tahniah Mad, Jalil dan Shafique
Hari bahagia bekas teman serumah selama 8 tahun! Cikgu Ahmad dan Siti Mastura. Seorang teman yang sangat peramah, suka menyanyi, pandai memasak, suka mengemas, gila-gila dan kuat tido! Seorang yang aku kagumi kepimpinannya dan sgt pandai berbahasa...
Hari bahagia Jalil dan isterinya. Kami satu asrama sejak tingkatan empat sehingga Tingkatan Enam Atas. Sekelas di Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas. Sekelas di Universiti Malaya 2000 -2003. Satu bilik utk 1 semester thn 2001. Satu rumah sewa 2001-2002. Jarak rumah di kampung lebih krg 20 minit. Walaupun dekat tp dah jarang berpeluang utk jumpa. Dia memang seoarang yang tabah dan kuat semangat. Banyak dugaan hidup yang dia dah lalui... Dan Alhamdulillah akhirnya menemui teman bahagianya. Maaf aku tak dapat balik dan hadir.
Shafique dan isterinya. Kami seangkatan di persatuan bawah tanah di Universiti Malaya :) Gila-gila orangnya. Muka bengis tapi lucu bila dia gelak. Sronok kawan ngan dia nie tapi pasai pa la buat kenduri kat Ganu... uiii jauh!
Congratulations on your meaningfull wedding. May the blessing from Allah with you till the end...
Malam nie airmata masih mengalir laju... Amat terasa kerinduan kepada arwah...
Seolah-olah arwah masih ada di kampung. Menunggu untuk membuka pintu tidak kira pukul berapa aku akan sampai di kampung. Seolah-olah arwah masih ada untuk memasak makanan kegemaran ku setiap kali aku pulang ke kampung. Seolah-olah arwah sedang menanti kepulanganku untuk membantu melaksanakan apa saja urusannya yang tertangguh. Arwah seolah-olah tahu akan meninggalkan aku. Disiapkan berbekas-bekas tempoyak di dalam peti sejuk kerana dia tahu, itulah kegemaranku.
Sudah 103 hari arwah pergi meninggalkan aku dan keluarga... Aku rindukan suara lembut itu, rindu melihat langkah lemah itu, rindukan masakannya, rindu untuk membantunya di dapur, rindu untuk makan berdua dengannya, rindu berbual-bual hal keluarga dengannya... rindu segala-galanya tentang dia...
Aku x pernah buang semua masakan yang dibekalkannya utk aku. Walaupun hampir basi, aku akan makan semuanya sebab aku tahu, bukan senang untuk dia sediakan semua tue. Tak kira apa saja masakan yang dia sediakan, aku akan makan semuanya supaya dia tahu, aku amat menghargainya...
Erm... apa eh? Jap2 nak pikiaq sat... x tau nak tulih apa la... Esok2 la no... xdan nie... nak p makan dulu. Cek baru sampai rumah dari opis nie... Nasi kukuih dari Shah Alam dok tengah tunggu kat atas meja dah. Td kirim kat housemate konon2nya nak buat berbukak puasa... Last2 berbukak ramai2 kat Mamak Mubeen dengan Teh Ais dan Roti Canai jer. Ramai-ramai tue pulak semua cek x kenai... Siap xdok skali dengan cek. Depa dok meja lain, cek dok meja lain. Lepas berbuka, p Maghrib sat lepas tue sambung buat gheja sket lagi kat opis sampai 8.15 baru cek cabut...
Cek p makan dulu na... Eh dak, nak p mandi dulu br nak p makan. Depa kata mandi lepas makan buleh buat perut jadi buncit... xtau la betui ka dak. Yang pasti perut cek nampak mcm buncit sket wlpn x mandi lps makan :p
NESCAFÉ Chill-lah wants YOU to vote for their next can design! View the gallery of talented Malaysians and their groovy design submissions, all vying for the top spot to win that coveted RM 10,000 cash prize!
Grab a can, chill-lah in front of your laptop and vote for your favourite NESCAFÉ can design ;)
Saya adalah pengguna Unifi dari TM dengan kelajuan 20 Mbps. Setakat ini saya berpuas hati dengan kemudahan yang dilanggan sejak Ogos tahun 2010 kecuali masalah berhubung dengan talian khidmat pelanggan mereka.
Ini pula satu lagi pilihan broadband yang menjanjikan kepuasan dan kelancaran melayari internet.
"Whether you're longing to stay in touch with loved ones and friends, be entertained or work from home, you can expect a seamless, richer experience and more consistent internet connection with Home Fibre Internet.
Enjoy faster downloads with high speeds up to 30Mbps and get up to 1000 minutes worth of free calls plus value-added services that enable secure browsing and information at your fingertips.
Now you can work, play, surf, chat, shop and do more... all in the comfort of your home"
Malas untuk komen tentang janji-janji dari pembekal internet di Malaysia nie, sila ke Maxis Home Broadband untuk maklumat lanjut.
The journey to create a better life, begins within us. It's the passion and determination to pursue something worthwhile. It's the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better. This commercial embodies that spirit, of the hardships and work that we put into providing for our loved ones. It's the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best. This is the light within all of us. May that light continue to burn bright.