Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha berkuasa memberi kesakitan dan juga menyembuhkan, Engkau pulihkan lah kesihatan ibuku, berilah kekuatan dan semangat kepadanya untuk menempuh ujian dari Mu Ya Allah. Engkau redakan dan alihkanlah kesakitannya ya Allah. Ku mohon dan merayu kepada Mu, sembuhkanlah ibuku dan permudahkanlah usaha rawatan yang kami usahakan ini ya Allah. Hanya kepada Mu aku mampu berdoa dan memohon.
Ya Allah, ya Tuhan ku, panjangkanlah usia ibuku, tetapkanlah hati ibuku dengan Iman kepada Mu. Tabahkan hatinya dan berilah kekuatan kepada ibuku untuk menerima ujian Mu ini. Ya Tuhan ku, dengan titisan air mata ini ya Allah, aku merayu kepada Mu. Aku sanggup menanggung kesakitan dan penderitaan ibuku jika itu dapat meringankan penderitaannya. Ya, aku sanggup ya Allah. Sejak muda, ibuku diuji dengan bersilih ganti penyakit dan hingga di usia emasnya, dia masih diuji ya Allah... Kasihanilah ibuku Ya Allah... aku bermohon kepada Mu....
8/8/11 - Klinik Kesihatan Mahang > Unit Kecemasan Hospital Kulim > Unit Rawatan Jantung (CRW) Hospital Pulau Pinang (High Blood Presure & Complete Heart Block)
10/8/11 - Pemasangan Temporary Pacemaker untuk membantu degupan jantung. Sangat berdebar-debar risau takut apa-apa yang buruk berlaku. Keluar dari bilik bedah, mak separa sedar kerana pening dan hanya Istighfar yang keluar dari mulutnya.... Alhamdulillah, esoknya keadaan mak bertambah baik.
12/8/11 - Setelah perbincangan, nasihat dari banyak pihak dan sumber kewangan yang mencukupi persetujuaan dicapai untuk prosuder seterusnya, Permanent Pacemaker. Kos untuk Single Chamber adalah RM6 ribu manakala Dual Chamber adalah sehingga RM14 ribu. Dengan bantuan Dr Saravanan, Doktor Pakar Kardio, beliau berjaya mendapatkan Dual Chamber Biotronik Pacemaker buatan German dari sebuah syarikat di PJ dengan harga RM10 ribu. Kos hanya dikongsi antara aku dan kakak sulung walaupun kami lima beradik. X ada rungutan sebab aku dan kakak sulung faham dengan kemampuan adik beradik yang lain. Cukuplah dengan sokongan mereka dengan cara yang lain. Temujanji dibuat dan pembedahan dijadualkan pada hari Isnin 15/8/2011 kerana Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti.
15/8/2011 - Pukul 3 ptg, mak ditolak masuk ke bilik pembedahan. Kami menanti dari saat ke minit, minit ke jam... Ramai pesakit rupanya. Kami sekeluarga menanti diluar bilik bedah sehingga pukul 8 mlm br selesai prosuder untuk mak. Semasa ditolak masuk ke wad, mak muntah berulang kali kerana pening kesan dari ubat bius. Sangat sedih tgk keadaan mak ketika tue. Aku pegang plastik menahan muntah dari mak... lap mulutnya, lap lelehan muntahnya dileher dan bahu. Pukul 9.45 mlm aku terpaksa tinggalkan mak setelah bercuti panjang demi menjaga mak untuk kembali ke pejabat di KL. Walaupun berat, tapi aku terpaksa demi rezeki yang mudah-mudahan dapat terus memberi kemudahan pada mak.
18/8/2011 - Mak dibenarkan pulang selepas 11 hari di tahan di wad CRW, Hospital Pulau Pinang
20/8/2011 - Aku balik hujung minggu ke rumah kakak sulung di Felda Teloi Timur untuk melawat mak. Lega rasa hati dapat tengok mak ada di depan mata
21/8/2011 - Aku bawa semua senarai ubat-ubatan mak ke Poliklinik Azhar di Kuala Ketil untuk membeli ubat mabuk kereta dengan nasihat doktor. Mak ada masalah kemabukan kereta yang teruk. sekali mabuk, dua tiga hari terbaring... Hari Isnin 22/8/2011 mak perlu ke Hospital Pulau Pinang untuk follow up pertama selepas pemasangan Permanent Pacemaker. Pukul 3.30 ptg aku balik ke kampung sekejap dan pada pukul 5.30 ptg aku terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk balik bekerja.
22/8/2011 - Lebih Kurang pukul 10.30 pagi aku dapat tahu walaupun cuba disembunyikan dari sepupu dan abg aku, mak dihantar semula ke Hospital pada pukul 3 pg td kerana mak terasa sangat sakit disebabkan bengkak di sekitar kawasan pembedahan. Hati dah gelisah dan meronta-ronta untuk balik tapi aku cuba bersabar. Pada mulanya doktor x dapat kesan apa puncanya. Kemudian selepas X-Ray, dikesan ada darah beku dan luka yang berdarah. Petang abg maklumkan mak tumpah darah dan kekurangan darah. Doktor minta persetujuaan untuk tambah darah. Pukul 5.30, abg bgtau, keadaan mak makin stabil dan sedang dimasukkan darah dan x perlu balik dulu. Pada asalnya aku dah buat keputusan untuk terus balik selepas balik kerja dan kembali semula ke KL pada awal pagi esoknya dan aku juga ada plan untuk MC. Aku batalkan dulu sebab hari Sabtu nie aku dah bermula untuk cuti Raya selama 9 hari.
Semasa Solat Zohor, aku gagahkan untuk membaca Surah Yassin demi meringankan beban kesakitan mak walaupun airmata x berhenti-henti mengalir. Juga di sepanjang perjalanan balik dari kerja, airmata cukup mudah mengalir laju. Aku takkan putus asa berdoa, sebab hanya ini yang aku mampu buat masa ini. Terasa sangat kesal kerana menghiraukan nasihat untuk balik bekerja di Kedah atau Pulau Pinang. Kalaulah aku bekerja di sana, aku punya lebih banyak masa untuk melihat mak di depan mata ku. Rumah di kampung terasa kosong dan sunyi disepanjang ketiadaan mak. Hati cukup sayu...
Mak, aku sanggup buat apa saja keranamu kerana kau sanggup berkorban apa saja untuk ku
Mak, aku sanggup berpenat lelah bersengkang mata kerana kau berpenat lelah dan bersengkang mata demi membesarkan ku
Mak, aku tidak kesah membersihkan najismu, sebab kau x pernah terasa geli membersihkan najisku
Mak, aku sanggup melakukan apa saja untuk keselesaan mu sebab aku sentiasa memberi keselesaan kepadaku semampu mu
Mak, aku harap kau gembira dan bangga punya anak-anak seperti kami sebagaimana kami bahagia punya mak sepertimu...
Mak, contoh teladan yang mak tunjuk semasa menjaga Arwah Tok akan kami contohi. Mak anak Solehahah yang sanggup menjaga Arwah Tok dengan sangat baik sehingga akhir hayatnya. Akan kami jaga mak lebih baik dari itu dengan izin Allah.
Mak, sayu sungguh apabila mak bercerita Sabtu lepas, sehari dua sebelum mak sakit teruk, Mak seolah-olah terdengar Arwah Pak Njang memanggil mak di dalam mimpi. Mak tercari-cari tetapi x jumpa... Yea, kalaulah arwah Pak Njang masih ada, dia xkan berhenti-henti membaca ayat-ayat Al-Quran sebagai jampi setiap kali mak jatuh sakit. Mungkin mimpi tue tanda yang mak akan sakit teruk baru-baru nie...
Mak, saya akan balik Sabtu nie... sabarlah mak. Tetapkan hati dan ingatlah Allah...
Sahabat ku sekalian, doakanlan kesejahteraan ibu ku ini...