My Followers

Wednesday, December 14, 2011

10 dan 11 December 2011 - Hari Bahagia Mereka

Semoga Allah melimpahi rezeki yang berpanjangan, kebahagian yang berterusan, kerberkatan, dan zuriat yang baik-baik... Tahniah Mad, Jalil dan Shafique

Hari bahagia bekas teman serumah selama 8 tahun! Cikgu Ahmad dan Siti Mastura. Seorang teman yang sangat peramah, suka menyanyi, pandai memasak, suka mengemas, gila-gila dan kuat tido! Seorang yang aku kagumi kepimpinannya dan sgt pandai berbahasa...

Hari bahagia Jalil dan isterinya. Kami satu asrama sejak tingkatan empat sehingga Tingkatan Enam Atas. Sekelas di Tingkatan Enam Rendah dan Enam Atas. Sekelas di Universiti Malaya 2000 -2003. Satu bilik utk 1 semester thn 2001. Satu rumah sewa 2001-2002. Jarak rumah di kampung lebih krg 20 minit. Walaupun dekat tp dah jarang berpeluang utk jumpa. Dia memang seoarang yang tabah dan kuat semangat. Banyak dugaan hidup yang dia dah lalui... Dan Alhamdulillah akhirnya menemui teman bahagianya. Maaf aku tak dapat balik dan hadir.

Shafique dan isterinya. Kami seangkatan di persatuan bawah tanah di Universiti Malaya :) Gila-gila orangnya. Muka bengis tapi lucu bila dia gelak. Sronok kawan ngan dia nie tapi pasai pa la buat kenduri kat Ganu... uiii jauh!

Congratulations on your meaningfull wedding. May the blessing from Allah with you till the end...

Saturday, December 10, 2011

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines

This is one of my favorites meaningful song. Encourage people to start immediately for their own happiness.


Greyson Chance - Waiting Outside The Lines

You never enjoy your life
Livin' inside the box
You're so afraid of taking chances
How are you going to reach the top?

Rules and regulations
Force you to play it safe
Get rid of all the hesitation
It's time for you to seize the day

Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta get your feet off the ground
The time is now

I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
Even if it's just tonight
How you gonna walk ahead
If you keep living blind

Stuck in the same position
You deserve so much more
There's a whole world around us
Just waiting to be explored

Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta get your feet off the ground
The time is now, just let it go

I don't want to have to force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
'Cause I know what's in you is out there

I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I'm trying to be patient
Each step is the hardest
I know you can make it
Go ahead and take it

I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines

Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You never enjoy your life
Livin' inside the box
You're so afraid of taking chances
How are you going to reach the top?

Tuesday, December 6, 2011

Kerinduan Itu Tak Pernah Pudar...

Malam nie airmata masih mengalir laju... Amat terasa kerinduan kepada arwah...

Seolah-olah arwah masih ada di kampung. Menunggu untuk membuka pintu tidak kira pukul berapa aku akan sampai di kampung. Seolah-olah arwah masih ada untuk memasak makanan kegemaran ku setiap kali aku pulang ke kampung. Seolah-olah arwah sedang menanti kepulanganku untuk membantu melaksanakan apa saja urusannya yang tertangguh. Arwah seolah-olah tahu akan meninggalkan aku. Disiapkan berbekas-bekas tempoyak di dalam peti sejuk kerana dia tahu, itulah kegemaranku.

Sudah 103 hari arwah pergi meninggalkan aku dan keluarga... Aku rindukan suara lembut itu, rindu melihat langkah lemah itu, rindukan masakannya, rindu untuk membantunya di dapur, rindu untuk makan berdua dengannya, rindu berbual-bual hal keluarga dengannya... rindu segala-galanya tentang dia...

Aku x pernah buang semua masakan yang dibekalkannya utk aku. Walaupun hampir basi, aku akan makan semuanya sebab aku tahu, bukan senang untuk dia sediakan semua tue. Tak kira apa saja masakan yang dia sediakan, aku akan makan semuanya supaya dia tahu, aku amat menghargainya...

Hanya doa sebagai tanda ingatan ku padanya...


Tiba-tiba aku menangis ... oleh Ben Ashaari

Monday, December 5, 2011

Cak!

Erm... apa eh? Jap2 nak pikiaq sat... x tau nak tulih apa la... Esok2 la no... xdan nie... nak p makan dulu. Cek baru sampai rumah dari opis nie... Nasi kukuih dari Shah Alam dok tengah tunggu kat atas meja dah. Td kirim kat housemate konon2nya nak buat berbukak puasa... Last2 berbukak ramai2 kat Mamak Mubeen dengan Teh Ais dan Roti Canai jer. Ramai-ramai tue pulak semua cek x kenai... Siap xdok skali dengan cek. Depa dok meja lain, cek dok meja lain. Lepas berbuka, p Maghrib sat lepas tue sambung buat gheja sket lagi kat opis sampai 8.15 baru cek cabut...

Cek p makan dulu na... Eh dak, nak p mandi dulu br nak p makan. Depa kata mandi lepas makan buleh buat perut jadi buncit... xtau la betui ka dak. Yang pasti perut cek nampak mcm buncit sket wlpn x mandi lps makan :p

Sunday, October 30, 2011

Please Vote for NEXT Nescafe Can Design!


NESCAFÉ Chill-lah wants YOU to vote for their next can design! View the gallery of talented Malaysians and their groovy design submissions, all vying for the top spot to win that coveted RM 10,000 cash prize!
Grab a can, chill-lah in front of your laptop and vote for your favourite NESCAFÉ can design ;)

Thursday, October 27, 2011

Maxis Home Broadband

Saya adalah pengguna Unifi dari TM dengan kelajuan 20 Mbps. Setakat ini saya berpuas hati dengan kemudahan yang dilanggan sejak Ogos tahun 2010 kecuali masalah berhubung dengan talian khidmat pelanggan mereka.

Ini pula satu lagi pilihan broadband yang menjanjikan kepuasan dan kelancaran melayari internet. 
Apa yang Maxis Home Broadband tawarkan?


"Whether you're longing to stay in touch with loved ones and friends, be entertained or work from home, you can expect a seamless, richer experience and more consistent internet connection with Home Fibre Internet.

Enjoy faster downloads with high speeds up to 30Mbps and get up to 1000 minutes worth of free calls plus value-added services that enable secure browsing and information at your fingertips.

Now you can work, play, surf, chat, shop and do more... all in the comfort of your home
"

Malas untuk komen tentang janji-janji dari pembekal internet di Malaysia nie, sila ke Maxis Home Broadband untuk maklumat lanjut.

Monday, October 24, 2011

To all my Indian Friends



The journey to create a better life, begins within us. It's the passion and determination to pursue something worthwhile. It's the dedication and effort to toil through challenges in our lives that ultimately makes our lives better. This commercial embodies that spirit, of the hardships and work that we put into providing for our loved ones. It's the mutual feeling of togetherness and the unbreakable human spirit that drives us to do our best. This is the light within all of us. May that light continue to burn bright. 
Happy Deepavali to all my Indian fellas

Saturday, October 22, 2011

Di mana...

Ku cari kekuatan itu untuk meninggalkan jauh kisah-kisah lama dan kenangan-kenangan lalu. Pergilah pahit, manis, suka, kecewa, senda tawa, sendu sedan kerana setiap hari ada lembaran baru perlu dibuka. Tinggallah semua perkara lalu kerana kenyataan kehidupan berada di hadapan. Semuanya tentang Qada' dan Qadar...

Ini bukan kenyataan kecewa, tetapi ini kenyataan kehidupan yang perlu dihadapi setiap dari kita. Tiada guna hidup dengan kenangan lalu andai kita gagal menggarap kehidupan mendatang.


Notaku: Sangat berat untuk memulakan tetapi tidak mudah untuk mengakhiri...

Monday, September 12, 2011

Al-Fatihah Untuk Arwah Ibu Kesayangan Ku

Dan segala yang hidup pasti akan mati. Tidak akan dilambatkan atau dicepatkan. Itulah janji Allah. Semuanya ketentuan dari Yang Maha Esa.


23/8/2011


7.15 pagi - Bersiap2 ke ofis dan pada ms yang sama berbelah bagi sama ada nak siapkan pakaian dalam beg utk standby if anything happened. Boleh trus gerak dari ofis. Tapi disebabkan dah agak terlewat, x jadi siapkan beg.


7.45 pagi - Di atas Highway berdekatan Tol Jalan Duta dapat panggilan dari kakak sulung, mak tenat dan dia mintak utk call abg ipar dan abg. Dia dah cuba call tp x dapat-dapat. Aku pulak trus ke ofis dulu di Bkt Damansara sbb alang2 dah nak sampai opis so aku boleh trus jupe boss or apply emergency leave.. Nak uturn pun agak jauh. 


7.55 pagi - aku sampai di ofis dan trus aku call Supervisor aku utk maklumkan keadaan mak utk aku amik EL.


kul 8.15 pagi - Aku trus gerak balik rumah utk amik apa2 yang patut.


8.38 pagi - Amik tiket di Tol Sg Buloh. di atas tol aku buat beberapa panggilan inform pada kawan2 dan saudara mara keadaan mak.

8.45 pagi - Kakak sulung aku call lagi sekali dan tanya samada aku dah call abg ipar dan abg aku atau belum. aku cakap dah dan dia mintak aku call lagi sekali suruh datang cepat sikit.

10 pagi - Aku buat 1 panggilan ke Wad mak aku stay. Aku tanya keadaan mak dan dimaklumkan "encik, 'body' kita dah hantar ke 'Mortuary' sebab prosuder hospital 'body' cuma boleh letak di wad cuma sejam jer".  Masa tue aku dah terdetik knp dia sebut body sebab sejujurnya aku x pernah dengar atau tahu maksud perkataan 'Mortuary' tue. so aku abaikan.

10.30 pagi - Seorg kawan lama yang aku dah anggap seperti adik sendiri iaitu Ida telefon. Kebetulan dia juga nurse Wad Jantung di Hospital Pulau Pinang. Dia ucapkan takziah dan bgtau dia baru tahu... time nie aku jadi betul2 keliru. Tp aku masih x mau berfikiran negatif. Aku truskan doa aku supaya Allah meringankan beban mak. 

11 pagi - di atas jambatan Pulau Pinang, aku call semula Ida utk clear kan apa yang sebenarnya. Rupa2nya mmg betul mak dah meninggal pkl 8 pagi lagi. Ida pulak terkejut yang aku baru tahu berita nie dan bersungguh2 minta maaf sbb terlepas cakap... Keluarga aku semua dah tahu. Tujuan diorg sembunyikan kerana risaukan aku dl perjalanan. Mungkin sebab itu abg ipar aku kerap telefon bertanyakan lokasi. Aku buat beberapa panggilan maklumkan pada ofis dan kawan2 yang aku terlintas di fikiran. Rasa betul2 x percaya. Begitu cepat mak pergi. 

11.30 pagi -  aku sampai di parking Hospital dan trus ikut abg dan abg ipar utk uruskan kenderaan jenazah. selepas selasai urusan kenderaan jenazah aku trus ke wad mak tinggal utk melihat katilnya. Kosong dan kemas. Sangat sedih.

12.00 tghr - aku terus ke bilik mayat. Pakcik (adik mak), kakak sulung, kakak no 3, kakak ipar, abg dan abg ipar ada di situ. Di situ juga Mak terbujur kaku dengan balutan kain putih. Alhamdulillah, aku berjaya menahan kesedihan walaupun airmata x berhenti2 mengalir ketika menghadiahkan doa dan Surah Al-Fatihah utk mak. Wajah mak nampak tenang seperti sedang tidur.

1 tghri - mak diusung masuk ke dalam van jenazah. Pakcik dan abg ipar ikut sekali. 

2 ptg - Tiba di rumah. Ramai sedang menanti... Semua saudara mara ada. Aku, abg, abg ipar, pakcik dan abg sepupu berbincang utk urusan pengebumian. Keputusan dibuat utk menyembahyangkan mak pada pukul 5.30 ptg.

4.30 ptg - Mak mula dimandikan dan dikafankan. Kami adik beradik kecuali kakak yang ke-dua cium mak buat kali yang terakhir. Wajah mak cukup berseri-seri. Makcik aku (adik kepada arwah bapak) siap berkata pada Maksu aku 'segak sungguh lah kak'. Kakak no. 2, masih belum tiba dari perlis. Tak tau kenapa terlalu lambat. Abg aku dah bising sebab sepatutnya dia dah sampai.

5.30 ptg - Mak disembahyangkan. Aku ikut sekali.

6 ptg - Mak dibawa ke tanah perkuburan yang memakan masa 10 mnt menggunakan van jenazah dari Masjid Mahang.

6.15 ptg - Aku, pakcik (sepupu mak) dan abg, mengangkat jenazah mak ke liang lahad. Tanah ditimbus sedikit demi sedikit sehingga tanpa disedari kami dah berada di atas.

6.30 ptg - talkin dibaca oleh Paksu Haji (adik ipar mak - suami kepada maksu)

7 mlm - keluarga kakak kedua baru sampai. Ada masalah di perjalanan....

Kami ramai2 berbuka di surau dan selepas Solat Tarawikh, Tahlil diadakan utk mak....

Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Urusan di hospital sehinggalah mak disemadikan...
Hari ini sudah genap 21 hari mak kembali ke Rahmatullah. Setiap kali selepas solat, x pernah sekali pun aku terlupa atau tidak sempat untuk mendoakan kedua-dua org tua ku. Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sentiasa ku hadiahkan. x kira masa. Terutama sekali ketika dalam kereta dan selepas Solat 5 waktu. Hanya ini menjadi penghubung antara aku dan mereka. Hanya ini bukti kasih sayang ku kepada mereka. Hanya ini yang mampu aku lakukan buat mereka. Cukuplah mereka menderita di dunia, aku ingin mereka bahagia di alam barzakh dan akhirat. 

Sepanjang di kampung, aku mmg x tentu arah sebab sentiasa terbayangkan mak kerana merinduinya. Aku belum puas berbakti kepadanya. Setiap sudut ada kenangan mak. Aku x dpt bayangkan macamana keadaan kakak ku yang ke-3 rasakan. Dia lah yang paling rapat dengan mak. sanggup menolak 8 pinangan semata-mata alasan untuk menjaga mak. Mak lah satu2 nya kawan dia. Tempat dia meluahkan isi hatinya. Tempat dia berkongsi apa saja. Aku terasa dengan pemergian mak tapi aku tahu, kakak lebih dasyat merasai ujian ini. Aku dah bertekad, apa jadi sekali pun, aku akan jaga kakak ku ini sehingga akhir hayatku. Semoga juga dia dipertemukan jodoh. 

Al-Fatihah untuk ahli keluarga ku yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman

Bapa ku - 4 Okt 1998
Cei / Datuk - 24 Okt 1998
Mak Long - 12 Okt 2003
Pak Anjang - 20 Nov 2003
Tok Som - ?
Pak Lang - ?
Tok Piah - 4 Ogos 2007
Mak - 23 Ogos 2011

Monday, August 22, 2011

Dugaan dan Ujian Ramadhan...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha berkuasa memberi kesakitan dan juga menyembuhkan, Engkau pulihkan lah kesihatan ibuku, berilah kekuatan dan semangat kepadanya untuk menempuh ujian dari Mu Ya Allah. Engkau redakan dan alihkanlah kesakitannya ya Allah. Ku mohon dan merayu kepada Mu, sembuhkanlah ibuku dan permudahkanlah usaha rawatan yang kami usahakan ini ya Allah. Hanya kepada Mu aku mampu berdoa dan memohon. 

Ya Allah, ya Tuhan ku, panjangkanlah usia ibuku, tetapkanlah hati ibuku dengan Iman kepada Mu. Tabahkan hatinya dan berilah kekuatan kepada ibuku untuk menerima ujian Mu ini. Ya Tuhan ku, dengan titisan air mata ini ya Allah, aku merayu kepada Mu. Aku sanggup menanggung kesakitan dan penderitaan ibuku jika itu dapat meringankan penderitaannya. Ya, aku sanggup ya Allah. Sejak muda, ibuku diuji dengan bersilih ganti penyakit dan hingga di usia emasnya, dia masih diuji ya Allah... Kasihanilah ibuku Ya Allah... aku bermohon kepada Mu....


8/8/11 - Klinik Kesihatan Mahang > Unit Kecemasan Hospital Kulim > Unit Rawatan Jantung (CRW) Hospital Pulau Pinang (High Blood Presure & Complete Heart Block)

10/8/11 - Pemasangan Temporary Pacemaker untuk membantu degupan jantung. Sangat berdebar-debar risau takut apa-apa yang buruk berlaku. Keluar dari bilik bedah, mak separa sedar kerana pening dan hanya Istighfar yang keluar dari mulutnya.... Alhamdulillah, esoknya keadaan mak bertambah baik.

12/8/11 - Setelah perbincangan, nasihat dari banyak pihak dan sumber kewangan yang mencukupi persetujuaan dicapai untuk prosuder seterusnya, Permanent Pacemaker. Kos untuk Single Chamber adalah RM6 ribu manakala Dual Chamber adalah sehingga RM14 ribu. Dengan bantuan Dr Saravanan, Doktor Pakar Kardio, beliau berjaya mendapatkan Dual Chamber Biotronik Pacemaker buatan German dari sebuah syarikat di PJ dengan harga RM10 ribu. Kos hanya dikongsi antara aku dan kakak sulung walaupun kami lima beradik. X ada rungutan sebab aku dan kakak sulung faham dengan kemampuan adik beradik yang lain. Cukuplah dengan sokongan mereka dengan cara yang lain. Temujanji dibuat dan pembedahan dijadualkan pada hari Isnin 15/8/2011 kerana Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti.

15/8/2011 - Pukul 3 ptg, mak ditolak masuk ke bilik pembedahan. Kami menanti dari saat ke minit, minit ke jam... Ramai pesakit rupanya. Kami sekeluarga menanti diluar bilik bedah sehingga pukul 8 mlm br selesai prosuder untuk mak. Semasa ditolak masuk ke wad, mak muntah berulang kali kerana pening kesan dari ubat bius. Sangat sedih tgk keadaan mak ketika tue. Aku pegang plastik menahan muntah dari mak... lap mulutnya, lap lelehan muntahnya dileher dan bahu. Pukul 9.45 mlm aku terpaksa tinggalkan mak setelah bercuti panjang demi menjaga mak untuk kembali ke pejabat di KL. Walaupun berat, tapi aku terpaksa demi rezeki yang mudah-mudahan dapat terus memberi kemudahan pada mak.

18/8/2011 - Mak dibenarkan pulang selepas 11 hari di tahan di wad CRW, Hospital Pulau Pinang

20/8/2011 - Aku balik hujung minggu ke rumah kakak sulung di Felda Teloi Timur untuk melawat mak. Lega rasa hati dapat tengok mak ada di depan mata

21/8/2011 - Aku bawa semua senarai ubat-ubatan mak ke Poliklinik Azhar di Kuala Ketil untuk membeli ubat mabuk kereta dengan nasihat doktor. Mak ada masalah kemabukan kereta yang teruk. sekali mabuk, dua tiga hari terbaring... Hari Isnin 22/8/2011 mak perlu ke Hospital Pulau Pinang untuk follow up pertama selepas pemasangan Permanent Pacemaker. Pukul 3.30 ptg aku balik ke kampung sekejap dan pada pukul 5.30 ptg aku terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk balik bekerja. 

22/8/2011 - Lebih Kurang pukul 10.30 pagi aku dapat tahu walaupun cuba disembunyikan dari sepupu dan abg aku, mak dihantar semula ke Hospital pada pukul 3 pg td kerana mak terasa sangat sakit disebabkan bengkak di sekitar kawasan pembedahan. Hati dah gelisah dan meronta-ronta untuk balik tapi aku cuba bersabar. Pada mulanya doktor x dapat kesan apa puncanya. Kemudian selepas X-Ray, dikesan ada darah beku dan luka yang berdarah. Petang abg maklumkan mak tumpah darah dan kekurangan darah. Doktor minta persetujuaan untuk tambah darah. Pukul 5.30, abg bgtau, keadaan mak makin stabil dan sedang dimasukkan darah dan x perlu balik dulu. Pada asalnya aku dah buat keputusan untuk terus balik selepas balik kerja dan kembali semula ke KL pada awal pagi esoknya dan aku juga ada plan untuk MC. Aku batalkan dulu sebab hari Sabtu nie aku dah bermula untuk cuti Raya selama 9 hari. 

Semasa Solat Zohor, aku gagahkan untuk membaca Surah Yassin demi meringankan beban kesakitan mak walaupun airmata x berhenti-henti mengalir. Juga di sepanjang perjalanan balik dari kerja, airmata cukup mudah mengalir laju. Aku takkan putus asa berdoa, sebab hanya ini yang aku mampu buat masa ini. Terasa sangat kesal kerana menghiraukan nasihat untuk balik bekerja di Kedah atau Pulau Pinang. Kalaulah aku bekerja di sana, aku punya lebih banyak masa untuk melihat mak di depan mata ku. Rumah di kampung terasa kosong dan sunyi disepanjang ketiadaan mak. Hati cukup sayu...

Mak, aku sanggup buat apa saja keranamu kerana kau sanggup berkorban apa saja untuk ku
Mak, aku sanggup berpenat lelah bersengkang mata kerana kau berpenat lelah dan bersengkang mata demi membesarkan ku
Mak, aku tidak kesah membersihkan najismu, sebab kau x pernah terasa geli membersihkan najisku
Mak, aku sanggup melakukan apa saja untuk keselesaan mu sebab aku sentiasa memberi keselesaan kepadaku semampu mu
Mak, aku harap kau gembira dan bangga punya anak-anak seperti kami sebagaimana kami bahagia punya mak sepertimu...
Mak, contoh teladan yang mak tunjuk semasa menjaga Arwah Tok akan kami contohi. Mak anak Solehahah yang sanggup menjaga Arwah Tok dengan sangat baik sehingga akhir hayatnya. Akan kami jaga mak lebih baik dari itu dengan izin Allah.

Mak, sayu sungguh apabila mak bercerita Sabtu lepas, sehari dua sebelum mak sakit teruk, Mak seolah-olah terdengar Arwah Pak Njang memanggil mak di dalam mimpi. Mak tercari-cari tetapi x jumpa... Yea, kalaulah arwah Pak Njang masih ada, dia xkan berhenti-henti membaca ayat-ayat Al-Quran sebagai jampi setiap kali mak jatuh sakit. Mungkin mimpi tue tanda yang mak akan sakit teruk baru-baru nie...

Mak, saya akan balik Sabtu nie... sabarlah mak. Tetapkan hati dan ingatlah Allah...

Sahabat ku sekalian, doakanlan kesejahteraan ibu ku ini...

Monday, August 8, 2011

Berbaktilah kepada Orang Tua

Gud day!

Carilah masa walaupun sedetik untuk meringankan beban dan menggembirakan hati ibu dan bapa anda. Bertimbang rasalah. Terbitkan rasa bangga di hati mereka, mereka punya anak seperti kita.

Mereka sudah puas bersusah payah memerah keringat membesarkan kita sehingga ke saat ini. Apa salahnya kita bersusah payah sedikit demi mereka? Kita tak tahu sampai bila mereka akan bersama kita di dunia ini...

Al-Fatihah untuk Arwah bapaku yg telah kembali ke Rahmatullah pada Oktober 1998

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, July 18, 2011

I Found You

Out of millions and i found you
something tells me dream does come true
just a glimpse of you and my day is through
i would do anything, just to be with you

time and space, became words of yesterday
when i can have all of you to spare
every night before you sleep
think of me and i'll be there



Thank Kyle :). U r such a great friend!



And to my dearest xxxxx xxxxx , will you be my special one, the one and only, in my heart for the rest of my life?

Aishiteru :)

Sunday, July 17, 2011

Double A 60 Days Challenge & Blog Review Updates !!!

First of all, due to certain reason, i couldn't manage to prepare for the blog review as i promised before. But insyaAllah, I'm still preparing for it. Thank you to my blogger friends, my old and new blogger friends :) and thank God that only few blogger leave their link last week in Leave Your Link Here to be Reviewed!!!. So I have more time to go deep on the content.

I am very grateful and would like to welcome them personally.

Ok, sekarang bercerita tentang dietku pula. Hari nie sudah 17 Julai dan sepatutnya target telah tercapai. Tetapi malangnya.... hehheheh. Almost 2 weeks pemakanan tidak teratur. Yang teratur cuma berjaya minum  tidak kurang dari 1.5liter air setiap hari.

13 June - 71.2kg
18 June - 69.0kg
26 June - 68kg
6 July - 69kg
16 July - 67kg

Alhamdulillah, walaupun gagal mengawal pemakanan tetapi masih mampu turun 2kg lagi. Sekarang usaha diet telah ditambah dengan satu lagi aktiviti, gym! My membership will expire by end of August and I'm targeting to fully utilize the facilities. Cuma aku tak suka berotot sangat jadi aktiviti di gym lebih kepada cardio. 

By the way, thank you Kyle for sharing with me below websites. Aktiviti aku dalam 15 minit sebelum tidur adalah melakukan beberapa aktiviti sit up and plank, it is more to ab excercise. 


Oklah. Nak kuar dulu. Nak gi tolong kawan aku angkat tv pulak! hehehe

Saturday, July 9, 2011

New Klang Valley MRT: Sungai Buloh - Kajang Line

A good news to Klang Valley residents




KLANG VALLEY MRT 
SUNGAI BULOH – KAJANG LINE 
o The MRT Sungai Buloh – Kajang Line is a Mass Rapid Transit line running from Sungai Buloh and cutting through the Kuala Lumpur City Center, before ending at Kajang. 

o The Sungai Buloh-Kajang Line will cover a distance of 51 kilometers (of which 9.5km is underground). 

o There will be 31 stations planned along the route, to serve a total population of 1.2 million currently inadequately served by rail-based networks. There will be three provisional stations (not built for now, but planned) for future development.

o The MRT Sungai Buloh - Kajang Line is part of the Klang Valley Mass Rapid Transit project to provide an integrated and sustainable transport system for the Klang Valley. It was announced by the Government of Malaysia in December 2010 under the Greater Kuala Lumpur / Klang Valley National Key Economic Area as detailed in the Economic Transformation Programme. 

o The objective of the project is to increase the number of people using public transport, alleviate traffic congestion and decrease travel time from one destination to another. For example a trip from Kota Damansara to Bukit Bintang which normally takes 45 minutes by car will only take 30 minutes via the MRT. The total time for traveling the entire stretch from Sungai Buloh to Kajang will be approximately 88minutes. 

o Travelling by MRT will also be considerably cheaper than owning and driving a car in the Klang Valley. Other benefits of the line would include increased productivity from time saved travelling and an increase in property values along the line. 

o Preliminary work on the MRT Sungai Buloh – Kajang line begins with land clearing work at three sites; Sungai Buloh, Semantan and Cochrane. Actual civil works will only commence from November 2011. The project is expected to be completed in 2016. Financing for the project will come entirely from government funds. 

o The line, including all 31 stations, will be owned by the Malaysian Government through Syarikat Prasarana Negara Berhad, the Project Owner, which is 100% owned by the Ministry of Finance Incorporated. Prasarana has appointed RapidKL to operate the MRT network. 

o Final Alignment of the Klang Valley MRT Sungai Buloh – Kajang Line and the and locations of the 31 stations



List of Stations

1. Sungai Buloh2. Kg Baru Sg Buloh3. Kota Damansara
4. Taman Industri Sg buloh5. PJU 56. Dataran Sunway
7. The Curve8. One Utama9. TTDI
10. Section 1611. Pusat Bandar Damansara12. Semantan
13. KL Sentral14. Pasar Seni15. Warisan Merdeka
16. Bukit Bintang Central17. Pasar Rakyat18. Cochrane
19. Maluri20. Taman Bukit Ria21. Taman Bukit Mewah
22. Leisure Mall23. Plaza Phoenix24. Taman Suntex
25. Taman Cuepacs26. Bandar Tun Hussein Onn27. Balakong
28. Taman Koperasi29. Saujana Impian30. Bandar Kajang
31. Kajang


Provisional Stations

1. RRI2. Taman Teknologi3. Bukit Kiara


Rationalising the Final Alignment
1. The criteria considered in formulating the final alignment:
a) Mandatories - Fixed points the MRT must go to:

1. RRI (Sungai Buloh KTM)2. Kota Damansara3. Bandar Utama/TTDI
4. LDP - Sprint5. Pasar Seni (Kelana Jaya Line)6. Warisan Merdeka
7. Bukit Bintang8. Pasar Rakyat (KLFID)9. Cochrane (LTAT)
10. Maluri (Ampang Line)11. Grand Saga12. Kajang (KTM)

b) Minimising socio economic impacts:-
i. Minimal land acquisition impact
ii. Minimal impact towards cost
iii. Minimal disruption to the public:
- Minimal environmental impact
- Minimal social impact – Traffic congestion

2. Hotspot analysis (changes/recommendations made to the initial alignment):

Northern Region
i) The northern region Alignment is maintained except for RRI in Sungai Buloh, which changed to serve the future development of RRI and for better integration with the affordable housing development and upcoming Integrated Transport Terminal (ITT).

Central Region
i. Alignment in the Central region is maintained with emphasis towards mitigating noise and visual impact during and post construction stage.

ii. Persiaran Surian – the alignment is maintained in this section and mitigation measures will be implemented to ease the alignment's close proximity to residence, noise and traffic congestion.

iii. Sunsuria Development – in an effort to minimize land acquisition the alignment was tweaked. As a result, only two commercial lots will now be acquired.

iv. Taman Tun Dr Ismail/Damansara Utama (SS20)/Seksyen 17:
- After carefully evaluating the options, the present alignment will be maintained. Mitigation measures will be provided to ease the alignment's proximity to residence, potential noise and traffic congestion.

- However, SPAD has decided to move the TTDI Station to vicinity of Caltex petrol station, combining it with the Section 17 station into a new TTDI Station which is located further away from residential area.
v. Bukit Bandaraya, Bukit Damansara and Jalan Semantan 
- The alignment is maintained in this section and mitigation measures will be implemented to ease the alignment's proximity to residence, potential noise and traffic congestion.

vi. Bukit Bintang station 
- SPAD has decided to combine two stations (Bukit Bintang East and Bukit Bintang West stations) into one station, Bukit Bintang Central station for better integration with the shopping district and the KL Monorail system.

Southern Region
i. Maluri station
- Involves the land acquisition of a Chinese temple. All parties have reached an amicable solution.
- SPAD will engage with DBKL for its suitable relocation.

ii. Cheras Batu 9 and Batu 10
- The alignment is maintained and will involve residential land acquisition.
- SPAD will ensure proper compensation for land acquisition. 

iv) Jalan Cheras (Bkt Dukung – Sg Jernih):
- The Alignment will now run along the Grand Saga highway in an effort to minimize land acquisition. It will still involve residential land acquisition. 
- SPAD will ensure that ensure proper compensation for the land acquired.

v) Bandar Kajang:
- Alignment has now been significantly changed away from the town centre to minimize land acquisition to just one building



Source: http://kvmrt.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...