Ku cari kekuatan itu untuk meninggalkan jauh kisah-kisah lama dan kenangan-kenangan lalu. Pergilah pahit, manis, suka, kecewa, senda tawa, sendu sedan kerana setiap hari ada lembaran baru perlu dibuka. Tinggallah semua perkara lalu kerana kenyataan kehidupan berada di hadapan. Semuanya tentang Qada' dan Qadar...
Ini bukan kenyataan kecewa, tetapi ini kenyataan kehidupan yang perlu dihadapi setiap dari kita. Tiada guna hidup dengan kenangan lalu andai kita gagal menggarap kehidupan mendatang.
Notaku: Sangat berat untuk memulakan tetapi tidak mudah untuk mengakhiri...
11 comments:
Assalamualaikum Ali,
Welcome back to blogging! Akak tau apa yg Ali lalui sejak pemergian Bonda tercinta. Bukan tak boleh diingat kenangan bersama arwah atau whatever yg dikenangkan. Semoga arwah dirahmatiNya. Life has to go on. Semoga ditabahkan hati kita semua mengharungi sisa-sisa hidup ini.
Terima kasih kak... Betul tue, nak x nak semua kenangan lalu sentiasa hidup dalam hati kita..
:’’) betull.. sangat berat utk memulakan tidak mudah untuk mengakhiri..
everyday is a new day for me.
semuanya sebab nak lupakan kisah sedih dengan ex boifren.
tapi bila diingat-ingat, kehilangan orang lain adalah jauh lebih besar dari kehilangan saya :)
Umie - :)
Tupaimerah - apa2pun kehidupan mesti diteruskan dengan lebih baik
kalo tujuan hidup tu jelasm i'allah tiada masalah dalam memulakan sesuatu dan mengakhirinya selagi mana selari dengan tujuan kita
Hmmm...same with me..its hurt...but dont give up..:))
rebellion - Thx for the words :)
umUMRA - Tabahkan hati sentiasa :)
Ali, hope everything's fine there
be strong
b strong k
Post a Comment