Malam nie airmata masih mengalir laju... Amat terasa kerinduan kepada arwah...
Seolah-olah arwah masih ada di kampung. Menunggu untuk membuka pintu tidak kira pukul berapa aku akan sampai di kampung. Seolah-olah arwah masih ada untuk memasak makanan kegemaran ku setiap kali aku pulang ke kampung. Seolah-olah arwah sedang menanti kepulanganku untuk membantu melaksanakan apa saja urusannya yang tertangguh. Arwah seolah-olah tahu akan meninggalkan aku. Disiapkan berbekas-bekas tempoyak di dalam peti sejuk kerana dia tahu, itulah kegemaranku.
Sudah 103 hari arwah pergi meninggalkan aku dan keluarga... Aku rindukan suara lembut itu, rindu melihat langkah lemah itu, rindukan masakannya, rindu untuk membantunya di dapur, rindu untuk makan berdua dengannya, rindu berbual-bual hal keluarga dengannya... rindu segala-galanya tentang dia...
Aku x pernah buang semua masakan yang dibekalkannya utk aku. Walaupun hampir basi, aku akan makan semuanya sebab aku tahu, bukan senang untuk dia sediakan semua tue. Tak kira apa saja masakan yang dia sediakan, aku akan makan semuanya supaya dia tahu, aku amat menghargainya...
Hanya doa sebagai tanda ingatan ku padanya...
3 comments:
Aduh Ali...ini sangat meruntun perasaan.
Jgn lupa doakan dan sedekahkan al-Fatihah setiap kali lps solat ya.
Teringat pula saya pada arwah ayah saya...
Encik Ali: tabahkan hati yea bro...sudah itu takdirnya....hanya doa anak yang soleh menjadi bekalan....
sori bro... aku xleh la... klu bab mak bapak ni.. aku cepat je tacink... perenggan pertama pn aku tak abes baca.. wlaupun mak bapak aku still ada... tp aku tak leh...
Post a Comment