My Followers

Monday, September 12, 2011

Al-Fatihah Untuk Arwah Ibu Kesayangan Ku

Dan segala yang hidup pasti akan mati. Tidak akan dilambatkan atau dicepatkan. Itulah janji Allah. Semuanya ketentuan dari Yang Maha Esa.


23/8/2011


7.15 pagi - Bersiap2 ke ofis dan pada ms yang sama berbelah bagi sama ada nak siapkan pakaian dalam beg utk standby if anything happened. Boleh trus gerak dari ofis. Tapi disebabkan dah agak terlewat, x jadi siapkan beg.


7.45 pagi - Di atas Highway berdekatan Tol Jalan Duta dapat panggilan dari kakak sulung, mak tenat dan dia mintak utk call abg ipar dan abg. Dia dah cuba call tp x dapat-dapat. Aku pulak trus ke ofis dulu di Bkt Damansara sbb alang2 dah nak sampai opis so aku boleh trus jupe boss or apply emergency leave.. Nak uturn pun agak jauh. 


7.55 pagi - aku sampai di ofis dan trus aku call Supervisor aku utk maklumkan keadaan mak utk aku amik EL.


kul 8.15 pagi - Aku trus gerak balik rumah utk amik apa2 yang patut.


8.38 pagi - Amik tiket di Tol Sg Buloh. di atas tol aku buat beberapa panggilan inform pada kawan2 dan saudara mara keadaan mak.

8.45 pagi - Kakak sulung aku call lagi sekali dan tanya samada aku dah call abg ipar dan abg aku atau belum. aku cakap dah dan dia mintak aku call lagi sekali suruh datang cepat sikit.

10 pagi - Aku buat 1 panggilan ke Wad mak aku stay. Aku tanya keadaan mak dan dimaklumkan "encik, 'body' kita dah hantar ke 'Mortuary' sebab prosuder hospital 'body' cuma boleh letak di wad cuma sejam jer".  Masa tue aku dah terdetik knp dia sebut body sebab sejujurnya aku x pernah dengar atau tahu maksud perkataan 'Mortuary' tue. so aku abaikan.

10.30 pagi - Seorg kawan lama yang aku dah anggap seperti adik sendiri iaitu Ida telefon. Kebetulan dia juga nurse Wad Jantung di Hospital Pulau Pinang. Dia ucapkan takziah dan bgtau dia baru tahu... time nie aku jadi betul2 keliru. Tp aku masih x mau berfikiran negatif. Aku truskan doa aku supaya Allah meringankan beban mak. 

11 pagi - di atas jambatan Pulau Pinang, aku call semula Ida utk clear kan apa yang sebenarnya. Rupa2nya mmg betul mak dah meninggal pkl 8 pagi lagi. Ida pulak terkejut yang aku baru tahu berita nie dan bersungguh2 minta maaf sbb terlepas cakap... Keluarga aku semua dah tahu. Tujuan diorg sembunyikan kerana risaukan aku dl perjalanan. Mungkin sebab itu abg ipar aku kerap telefon bertanyakan lokasi. Aku buat beberapa panggilan maklumkan pada ofis dan kawan2 yang aku terlintas di fikiran. Rasa betul2 x percaya. Begitu cepat mak pergi. 

11.30 pagi -  aku sampai di parking Hospital dan trus ikut abg dan abg ipar utk uruskan kenderaan jenazah. selepas selasai urusan kenderaan jenazah aku trus ke wad mak tinggal utk melihat katilnya. Kosong dan kemas. Sangat sedih.

12.00 tghr - aku terus ke bilik mayat. Pakcik (adik mak), kakak sulung, kakak no 3, kakak ipar, abg dan abg ipar ada di situ. Di situ juga Mak terbujur kaku dengan balutan kain putih. Alhamdulillah, aku berjaya menahan kesedihan walaupun airmata x berhenti2 mengalir ketika menghadiahkan doa dan Surah Al-Fatihah utk mak. Wajah mak nampak tenang seperti sedang tidur.

1 tghri - mak diusung masuk ke dalam van jenazah. Pakcik dan abg ipar ikut sekali. 

2 ptg - Tiba di rumah. Ramai sedang menanti... Semua saudara mara ada. Aku, abg, abg ipar, pakcik dan abg sepupu berbincang utk urusan pengebumian. Keputusan dibuat utk menyembahyangkan mak pada pukul 5.30 ptg.

4.30 ptg - Mak mula dimandikan dan dikafankan. Kami adik beradik kecuali kakak yang ke-dua cium mak buat kali yang terakhir. Wajah mak cukup berseri-seri. Makcik aku (adik kepada arwah bapak) siap berkata pada Maksu aku 'segak sungguh lah kak'. Kakak no. 2, masih belum tiba dari perlis. Tak tau kenapa terlalu lambat. Abg aku dah bising sebab sepatutnya dia dah sampai.

5.30 ptg - Mak disembahyangkan. Aku ikut sekali.

6 ptg - Mak dibawa ke tanah perkuburan yang memakan masa 10 mnt menggunakan van jenazah dari Masjid Mahang.

6.15 ptg - Aku, pakcik (sepupu mak) dan abg, mengangkat jenazah mak ke liang lahad. Tanah ditimbus sedikit demi sedikit sehingga tanpa disedari kami dah berada di atas.

6.30 ptg - talkin dibaca oleh Paksu Haji (adik ipar mak - suami kepada maksu)

7 mlm - keluarga kakak kedua baru sampai. Ada masalah di perjalanan....

Kami ramai2 berbuka di surau dan selepas Solat Tarawikh, Tahlil diadakan utk mak....

Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Urusan di hospital sehinggalah mak disemadikan...
Hari ini sudah genap 21 hari mak kembali ke Rahmatullah. Setiap kali selepas solat, x pernah sekali pun aku terlupa atau tidak sempat untuk mendoakan kedua-dua org tua ku. Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sentiasa ku hadiahkan. x kira masa. Terutama sekali ketika dalam kereta dan selepas Solat 5 waktu. Hanya ini menjadi penghubung antara aku dan mereka. Hanya ini bukti kasih sayang ku kepada mereka. Hanya ini yang mampu aku lakukan buat mereka. Cukuplah mereka menderita di dunia, aku ingin mereka bahagia di alam barzakh dan akhirat. 

Sepanjang di kampung, aku mmg x tentu arah sebab sentiasa terbayangkan mak kerana merinduinya. Aku belum puas berbakti kepadanya. Setiap sudut ada kenangan mak. Aku x dpt bayangkan macamana keadaan kakak ku yang ke-3 rasakan. Dia lah yang paling rapat dengan mak. sanggup menolak 8 pinangan semata-mata alasan untuk menjaga mak. Mak lah satu2 nya kawan dia. Tempat dia meluahkan isi hatinya. Tempat dia berkongsi apa saja. Aku terasa dengan pemergian mak tapi aku tahu, kakak lebih dasyat merasai ujian ini. Aku dah bertekad, apa jadi sekali pun, aku akan jaga kakak ku ini sehingga akhir hayatku. Semoga juga dia dipertemukan jodoh. 

Al-Fatihah untuk ahli keluarga ku yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman

Bapa ku - 4 Okt 1998
Cei / Datuk - 24 Okt 1998
Mak Long - 12 Okt 2003
Pak Anjang - 20 Nov 2003
Tok Som - ?
Pak Lang - ?
Tok Piah - 4 Ogos 2007
Mak - 23 Ogos 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...