Sudah berbulan-bulan arena ini ditinggalkan kerana rasa itu semakin hilang. Andai dulu aku ghairah mengatur kata, namun kata-kata itu sudah tenggelam puncanya. Ku gagahi tika ini kerana aku rasa perlu berkongsi rasa dengan teman-teman setiaku. Rasa itu bukan lagi pahit seperti sebelum ini, sehinggakan kamu semua berhak merasai kemanisan ini.
Ku mohon kalian doakanlah segala perancangan ini dipermudahkan dan dirahmati Allah S.W.T.