My Followers

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Terakhir

Diam tak diam hari ni dah masuk 15 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Jika Ramadhan tahun lepas aku dihujani dengan ujian dari Allah, Ramadhan kali ini nampaknya agak lancar. Syukur pada Allah. Sepanjang berpuasa, kebanyakan hari hanya berbuka di rumah dengan juadah dari Bazar Ramadhan Damansara Damai dan dari Shah Alam sampai adakalanya hilang idea nak makan apa. Walaupun banyak juadah yang dijual tapi bosan juga kalau tiap-tiap hari bungkus. InsyaAllah, hari nie nak masak sendiri di rumah walaupun simple. Since hari ini berbuka sorg2 di rumah (2 org housemate balik kampung) dan tak ada plan utk berbuka di luar, rasanya better masak ala kadar saja.

Sepanjang 15 hari nie, hari pertama berbuka di kampung, 1 kali berbuka dengan seorang sahabat baik di luar dan 1 kali berbuka dengan buffet di Cosy Place Wangsa Maju bersama cik tunang tersayang dengan izin parents dia. Actualy nie first time kami berbuka dan dinner sama2. Biasanya kami hanya berjumpa seminggu sekali atau selang dua minggu sekali pada hujung minggu dan aku akan hantar dia balik sebelum Maghrib. Itu disiplin kami walaupun agak rushing bila nak ke sana. Bila rushing, aktiviti menonton wayang biasanya akan diketepikan utk beri masa yg lebih utk diri masing2 dan rasanya dah lama tak tengok wayang dengan si dia sebab tak sempat :)

Sepanjang Ramadhan nie jugak memang tak dapat dinafikan perasaan rindu pada arwah mak membuak2. Kalau mengikut kalender Hijrah, 23 Ramadhan nie genap setahun mak kembali ke Rahmatullah. Kalau kalender Masihi, 23 Ogos nie... Mmg berdebar-debar nak mengadap suasana Syawal kali nie tanpa arwah mak dan arwah kakak ipar. Kadang2 rasa takut utk berdepan dengan Syawal. Mak meninggal ketika aku dah dewasa dan boleh berfikir dengan waras namun rasa sebak ketika teringatkan arwah memang x boleh hilang. Aku tak dapat bayangkan macamana anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa sejak kecil begitu tabah mengharungi hidup sehari-hari. Pesanan ku pada yang masih punya ayah dan bonda, jangan lukakan hati mereka, berusahalah utk buat mereka rasa bangga, gembira dan bahagia punya anak seperti kita. Seandainya umur kita panjang, itulah juga yg kita harapkan dari anak2. Dan kasihilah dan hormatilah anak-anak yatim jika berpeluang bertemu mereka. 

Ya, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, ini adalah Ramadhan terakhir ku sebagai seorang bujang :)

Dan aku mengharapkan yang terbaik seandainya ini adalah Ramadhan terakhir ku di dunia ini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...