My Followers

Sunday, August 25, 2013

Hari terbuka Surau Desa Mas, Country Homes, Rawang

Semalam ikut Pak Mertua selaku Imam surau situ tolong2 pasang khemah. Dh 9 bulan kawen, selalu gak berjemaah di surau nie dan ikut aktiviti surau nie setiap kali balik Rawang tapi nie first time ikut aktiviti gotong royong di surau.

Alhamdulillah dah siap sarapan kenyang2 dengan nasi lemak dan teh o mak mertua sediakan... pak mertua dan mak mertua dah x nampak batang hidung dah. Awal2 pagi lagi diorg dah g surau join gotong royong sebelum start aktiviti makan2 selepas Zohor.

Oklah nak g join depa jugak gak kat surau. Take care semua. Selamat berhujung minggu

Monday, August 19, 2013

Qunut Nazilah

Let us recite the Qunut Nazilah for our Muslim brothers and sisters in Palestine, Syria, Egypt, Burma and all over the world.

Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Sumber: JAKIM

Sunday, August 4, 2013

Positively Malaysia

Peluang untuk berkongsi pengalaman hidup kita supaya dijadikan teladan untuk orang lain.

Cerita-cerita positif sebegini seharusnya digembar-gemburkan agar dapat membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat majmuk di negara kita.

Ada banyak usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pertubuhan-pertubuhan dan orang perseorangan dan salah satunya adalah seperti gambar di bawah.

Klik gambar untuk ke website #PostivelyMalaysia
Pendekatan melalui laman sosial adalah salah satu yang terbaik buat masa ini kerana hampir setiap orang dari kita mempunyai laman sosial peribadi masing-masing.

Jadi, jom sama-sama sertai #PositivelyMalaysia. Kita berkongsi dan sebarkan ke arah nilai positif!

Thursday, August 1, 2013

Dah x lama dah

Kurang seminggu jer lagi Ramadhan akan tinggalkan kita. Bak kata ustaz di surau tadi... jgn jadi hamba Ramadhan kerana Ramadhan akan tinggalkan kita tapi jadilah hamba Allah sebab Allah tidak pernah akan meninggal kan kita. Hamba Ramadhan, kita hanya berusaha beribadat kepada Allah hanya sebulan. Jadi hamba Allah, kita akan sentiasa berusaha beribadat selagi kita bernyawa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...