My Followers

Sunday, May 11, 2014

Pencarian Rumah Impian?

Tanda '?'

Sekarang sama ada impian atau kenyataan yang terpaksa aku hadap!

IMPIAN. Rumah besar yang mempunyai ruang tanah untuk anak-anak beraktiviti dan penambahan ruang rumah pada masa hadapan.

KENYATAAN. Harga rumah yang naik melampau seolah-olah tanpa kawalan menyebabkan harga rumah teres kecil dan sederhana pun melambung melampau! Sebelum beli, terpaksa fikirkan komitmen bulanan untuk rumah, kos ulang alik ke pejabat setiap hari, dan masa yang agak lama di atas lebuhraya.

TERPAKSA. Di Lembah Kelang, harga di kawasan Rawang juga semakin mahal. Penangguhan setiap minggu dan bulan akan menyaksikan kenaikan harga rumah yang ketara.  Jadi nak tak nak aku dan isteri dan dengan bantuan mertua terpaksa survey rumah di kawasan Bandar Country Homes, Rawang selepas meneliti iklan-iklan yang terdapat dalam Mudah.my dan iProperty.com. 

Rasanya dah 2 minggu kami mencari di tiga kawasan di Country Homes iaitu di Desa Mas, Puteri Height dan Saujana Rawang. Dari segi design, kawasan perumahan Saujana Rawang agak menarik cuma kelemahannya banyak projek masih dalam pembinaan jadi menyebabkan infrustruktur basic seperti akses keluar masuk kurang sempurna. Kelemahan ini kami letak tepi sebab ini hanya untuk sementara. Perumahan utama kami sudah tentu Desa Mas kerana akses yang mudah dan satu kawasan dengan mertua. Cuma harganya dah mencecah RM400k++. Kalau ada pun yang bawah RM400k, setiap kali call mesti dah sold out!

Kemudian di Saujana Rawang, ada tiga perumahan yang dah siap iaitu Amoda, Amana dan Divya. Harga Amoda agak keterlaluan dengan paling rendah yang agen tawarkan adalah RM460k. Saiz rumah 22 x 75 dan design agak menarik. Divya pulak agak jauh masuk ke dalam tapi mempunya design yang lebih moden tetapi dengan saiz yang lebih kecil (20 x 65). Amana pulak terletak di antara Amoda dan Divya. Designnya biasa-biasa saja dengan saiz 22 x 70. Harga yang kami dapat untuk intermediate house adalah RM370k  (belum proses tawar menawar) beserta kipas dan lampu yang telah dipasang. 

Amana Intermediate dari depan
Amana Intermediate dalam

Di Amana ada 1 lagi rumah corner lot yang menarik perhatian kami. Harga RM450k, direct owner dan mungkin boleh dapat RM420k dengan senang. Cuma aku target RM400k untuk rumah nie. Kedudukan rumah dah menarik tetapi ruang tanah yang tak sekata sebab betul-betul di penjuru. Saiz kawasan tepi di hadapan rumah agak sempit dan makin membesar kebelakang. Kalau nak besarkan untuk masa depan pun mungkin agak terhad. Tapi design rumah dan ruang tanah yang ada pun dah cukup ok dah bg aku sesuai la dengan harganya. Harga kipas dan lampu pun tak mahal mana rasanya. Gambar di bawah ada agen yang post dalam Mudah.my tapi tak pasti lokasi di bahagian mana. Design depan untuk corner lot Amana memang sebijik macam di bawah.
Amana Corner lot dari hadapan
Dan pagi tadi tiba-tiba ternampak 1 iklan baru di Mudah.my. Corner lot di Desa Mas. Harga yang agen letak RM450k. Aku rasa macam biasa nampak rumah nie terus aku ke rumah tersebut untuk intai2. Ruang tanah agak luas cuma memang kena tuang 1 lori pasir/tanah untuk baiki ruang tanah yang ada. Saiz rumah lebih kecil dari Saujana Damansara tapi lokasi dia memang menarik minat aku. Design rumah biasa-biasa saja. Cuma dah siap security grill, pintu pagar besar (elektrik rasanya) dan awning yang besar di hadapan rumah. Lampu dan kipas pun dah siap sebab rumah nie pernah berpenghuni. Ada few agen untuk rumah nie. Agen 1, tak angkat fon. Agen 2 cuma boleh kurangkan RM10k sahaja. Agen 3, fix price. Agen 4, dia tanya aku serius atau tak dan berapa budget aku. Terus aku cakap memang serius sebab dekat sangat dengan rumah mertua. Aku minta RM420k. Dia kata kalau serius dia boleh bincang dengan tuan rumah. Next appointment untuk jumpa dengan agen nie ada adalah pada hari Wesak (Selasa 13 May 2014). 

Desa Mas (Pandangan Hadapan)
Desa Mas ruang tanah di tepi
Jadi dah dapat 2 pilihan rumah corner lot dan 1 intermediate yang agak menarik. Aku cuma tunggu pendapat mertua dan wife tersayang jer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...