Alangkah lebih bermakna sekiranya kedua orang tuaku juga turut bersama pada majlis ini...
Al-Fatihah untuk kedua ibu dan bapa ku...
10 Nov 12 - No 81 Jalan DM 3/3, Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, Rawang |
17 Nov 12 - 411 Jalan Durian, Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah |
I personally think these 4 ads really attractive and can attract maximum like |
Alhamdulillah... Selesai solat Terawikh pada malam kedua. Malam pertama tak dapat join sebab masih dlm.perjalanan balik dari KL ke kampung halaman di Kedah. Hujan renyai-renyai pulak malam nie buat hati rasa sayu saja...
Tiba-tiba terkenang pulak masa-masa lalu... Rumah nie ramai penghuninya. Bapaku pergi dulu meninggalkan kami semua... Kemudian datuk pula pergi tak sampai 3 minggu selepas bapaku pada tahun 1998. Pada tahun 2007 pulak tok (nenek) kembali ke rahmatullah. Pemergian tok betul-betul buatkan rumah ini sunyi sebab sepanjang tok tinggal di sini, rumah inilah yang menjadi tempat tumpuan dan berkumpulnya saudara-mara terdekat tak kira masa terutama sekali pada hari raya.
Pada 2010 rumah ini menerima ahli baru selepas abg berumahtangga. Namun 2011 ibu tercinta pula meninggalkan kami. Kehidupan di rumah nie berubah sekelip mata selepas mak pergi. Aku di KL, abg dan isteri dan kakak seorg yang belum berkahwin masih di rumah ini.
Kalau abg keluar bekerja kakak dan kakak ipar akan duduk berdua di rumah. Kalau abg dan kakak ipar balik ke rumah mertuanya di kuala kangsar, kakak akan pergi bermalam di rumah kakak sulung sejam dari rumah. Kalau kakak ipar bermalam di wad ditemani maknya, kakak aku akan tinggal di rumah kakak sulung dan abg aku akan bersendirian di rumah ini...
Belum pun dapat menyesuaikan diri dengan pemergian bonda tersayang, satu-satunya kakak ipar pula pergi dijemput Ilahi... Tinggallah abang ku dan kakak ku yg masih di sini. Mujurlah ibu mertua abg masih di sini menemani sehingga raya... Ntah macamana kehidupan di rumah ini selepas raya...
Dulu riuh ketika hendak berbuka. Dulu meriah berjalan kaki dgn arwah mak, arwah tok dan arwah datuk untuk berterawikh... Dulu seronok dgr arwah mak berbual2 dgn arwah tok bercerita tentang kisah-kisah lama mereka... Sekarang... Semuanya tiada tetapi ku simpan erat dalam kenangan. Menjadi penawar ketika rindu.
Dugaan demi dugaan.. Ntah apa selepas ini. Teringat kata-kata seorg ustaz di Radio Kedah FM, dugaan yang dtg tanda ingatnya Allah pada hambanya. Sebagai hamba, tingkatkan iman selagi bernyawa.
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami semua supaya tetap di jalan Mu. Jauhkanlah pertelingkahan di antara kami adik-beradik. Kekalkan kesihatan kami dan murahkan rezeki kami supaya kami mampu terus mendoakan dan beramal ibadat demi mereka yang dirindui yang telah kembali kepada Mu.
1 Ramadhan...
Ya Allah ya Tuhan ku, cucurilah rahmat ke atas roh kakak ipar ku. Ampunkanlah dosa-dosanya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi |
Great silk batik hand and machine painting at Desa Murni |
Kyle doing a purchase for his mother. While a famous Erra Fazira is Desa Murni Ambassador |
In the blink of an eye, my Meggi Ketam gone! |
Org2 Ganu, jom pakat2 dapatkan perfume nie sebagai hadiah dan koleksi peribadi...
Lihat update lokasi dari masa ke masa di Facebook pada 22 hingga 24 June 2012.
Jumpa kat sana wokeyh!