Dugaan demi dugaan menimpa keluarga aku. Semua nie ujian Allah. Belum pun setahun mak kembali ke Rahmatullah (23/8/2011), pada pagi Jumaat 6/7/2012 pula satu-satunya kakak ipar ku pula kembali kepada-Nya pada usia baru 22 tahun! Puncanya serangan jantung. Arwah ada masalah jantung sejak kecil dan pernah di operate di IJN. Selepas berkahwin, doktor dapati injapnya bocor dan batu dalam hempedunya.
Pukul 9.30 pagi aku dapat panggilan telefon dari abg aku dan dia tanya, 'boleh balik dak?'. Masa tue aku dah suspen.. Aku tanya dia kenapa. Then dia cakap Linda (kakak ipar aku) dah meninggal. Memang masa tue aku betul2 terkejut dan tangan terus menggigil-gigil sebabnya seminggu sebelum itu aku memang ada di kampung dan dapati arwah semakin sihat dan hampir kembali seperti sedia kala. Trus aku kemas-kemas, bagitau boss dan trus balik umah amik pakaian. Pukul 10.40 aku masuk Tol Sungai Buloh sampai umah pukul tepat pukul 2 ptg aku sampai umah di kampung. Mmg pecut habis. Berenti skjp isi minyak dan beli burger buat lapik perut.
Sampai-sampai jer, dah ada orang kampung dan saudara mara yang datang. Aku terus masuk rumah dan kemas-kemas bilik air dan ajak anak buah aku angkat tempat mandi jenazah dari Surau ke rumah. Masa tue jenazah belum sampai dari Sungai Petani (kakak ipar aku dan mak arwah actually pergi rumah kakak dia di Sungai Petani sebab dah lama x pergi) dan masih dalam perjalanan. Lbh krg pukul 2.30 petang, jenazah pun sampai. Aku bantu mengangkat jenazah.
Sedih masa tue lihat kesedihan mak kakak ipar aku. Mak dia peluk aku dan aku cuma mampu berkata sabar banyak-banyak. Arwah anak bongsu keluarga dia. Selepas mak aku meninggal, mak kakak ipar aku kerap tinggal di rumah kami di kampung sebab kesihatan kakak ipar aku makin merosot. Dia la yang temankan kakak ipar aku di wad sementara abg aku pergi bekerja.
Sementara abg aku bersedih dan berjumpa2 dengan kawan-kawan, saudara-mara dan orang2 kampung, aku uruskan hal-hal kain kapan dan bayaran2 utk upah mandi jenazah, solat jenazah, van dan sebagainya. Mulianya orang-orang kampungku, semuanya sedekahkan semula. Aku pun sempat ke kedai sekejap beli persediaan-persediaan utk majlis tahlil malam tue. Pengalaman uruskan jenazah Arwah Tok dan Arwah mak memudahkan urusan kali ini. Cuma dari segi emosi, kami sekeluarga belum bersedia cuma terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi.
Lebih kurang pukul 5.30, jenazah disolatkan, pukul 6 bergerak ke tanah perkuburan. Hujan renyai-renyai semasa talkin dibacakan.
Aku sangat sedih dan bersimpati dengan abg. Selepas berkahwin pada 26/6/2010, dia dan arwah x sempat gembira lama sebab kesihatan arwah x menentu. Dan selepas ulangtahun ke-2 perkahwinan mereka, mereka terpaksa berpisah selama-lamanya. Banyak dugaan yang abg aku tempuh. Dengan gaji yang x seberapa, dia terpaksa mananggung kos ulang alik ke hospital, kos perubatan arwah, terpaksa cuti tanpa gaji dan macam-macam lagi. Banyak lagi kisah-kisah yang aku x boleh kongsi yang terpaksa abg dan arwah lalui. Arwah juga pernah sanggup bermalam di wad dan menjaga arwah mak walaupun dia sendiri baru keluar wad ketika itu.
Dalam sebulan dua ini pun, abg aku sendiri x sihat. Ntah lah. Semoga abg aku terus tabah utk jaga seorang kakak aku dan rumah peninggalan arwah mak dan bapa di kampung. Seperti kata-kata pakcik aku, peninggalan arwah kakak ipar ku ini ada banyak hikmahnya.
Ya Allah ya Tuhan ku, cucurilah rahmat ke atas roh kakak ipar ku. Ampunkanlah dosa-dosanya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi |
Tabahkan hati mu abang ku
p/s: Gambar di atas nie menyedarkan aku betapa kurusnya arwah ketika pergi... dan macam x percaya betapa cepatnya arwah pergi meninggalkan kami...
8 comments:
Assalamualaikum Ali,
Innalillahiwainnailahirojiiun.
Al-Fatihah utk arwah kakak ipar dan jugak arwah bonda Ali. Sunggug sedih. Muda lagi dan tak lama berumahtangga dgn abang Ali. Ujian. Betapa Allah mangasihi Ali dan keluarga dgn ujian2 ini. Terasa akak berada dlm situasi itu, Ali dgn detail bercerita. Akak harap abang Ali, keluarga arwah dan Ali sendiri sabar menempun ujian sebegini lagi. Bersabar dan redho yaa.
Takziah dari akak... Al-Fatihah.
takziah yer.. alfatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat..
Kak Halima - Terima kasih kak. Penderitaan arwah kat dunia dah berakhir. Semoga dia bahagia di sana
Aziela - Terima kasih kak
ak yuyunz - Terima kasih )
Takziah ya.....banyak2 bersabar...
Tq Suhaimi Ahmad aka Atok
En Ali: baru terbaca post ni....Al Fatihah untuk arwah Akak Ipar awak.....muda lagi arwah, tp masanya dah sampai. Harap En Ali sekeluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini.
Post a Comment