Terkenang-kenang apa yang berlaku pada Ramadhan dua tahun lepas... Cepatnya masa berlalu. 23 Ramadhan 1412 iaitu hanya kurang seminggu untuk menyambut Aidilfitri, ibu tercinta kembali ke Rahmatullah...
Arwah mak dimasukkan ke hospital Pulau Pinang pada 8 Ramadhan selepas dikejarkan dari Hospital Kulim yang dibawa dari Klinik Kesihatan Mahang. Saman speed trap kerana mengejar ambulans masih belum dibayar. Bila tengok saman tue mesti akan terkenang hari pertama arwah mak di bawa ke hospital kerana masalah jantung.
Walaupun usaha, ikhtiar dan doa tidak putus-putus, Allah tetap lebih menyayangi arwah mak.
Ku rindukan arwah mak...
Al-Fatihah...
Published with Blogger-droid v2.0.10