Syukur Alhamdulillah. Masih berpeluang dan berdaya untuk menikmati keberkatan Ramadhan pada kali ini. Ramadhan pertama sebagai seorang suami dan ketua keluarga sendiri. Ramadhan pertama dapat bersama-sama bersahur, berpuasa, berbuka dan berterawikh bersama-sama isteri tersayang.
Setiap malam berpeluang bertukar-tukar lokasi untuk Solat Terawikh selagi ada kudrat. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk melawan nafsu malas yang sangat menguasai diri selepas berbuka!
Bagaimana agaknya Ramadhan kalian? Moga dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak sia-sia... :)
"Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan".
0 comments:
Post a Comment