My Followers

Wednesday, February 20, 2008

Panduan untuk mengundi - Pendapat aku

8 Mac adalah hari penting untuk aku sebagai Rakyat Malaysia. Pilihanraya bagi aku adalah hari yang mampu untuk aku berikan kuasa yang ada untuk memilih pemimpin yang betul2 layak mewakili rakyat. Tak kesah samada dia menang atau tidak tetapi sekurang-kurangnya dengan satu undi yang aku berikan dapat menentukan banyak atau sikit beza undi antara pihak yang bertanding.
Bagi sesetengah orang, apalah sangat kepentingan mengundi tue sedangkn mengundi atau x mengundi sama jer. Bezanya, lepas mengundi kita akan dapat lihat kabinet baru kerajaan yg menang yang dah tentunya Barisan Nasional. Other than that, nak kena buat kaji selidik atau persidangan gamaknya baru boleh kenal pasti apa bezanya sebelum dan selepas mengundi. Boleh kerat jari punyalah!!!
Pada pendapat aku jugak, salah satu halangan atau munculnya persepsi negatif untuk tidak mengundi adalah berpunca dari penilaian terhadap calon yang bertanding itu sendiri. Bayangkan, seorang calon yang langsung tidak dikenali sebelum ini oleh penduduk setempat, atau dia dikenali dengan sikap yang buruk, tidak pernah menyumbang untuk masyarakat tetapi dgn secara tiba-tiba mukanya terpampang di poster-poster pilihanraya! Bagaimana calon ini boleh dinilai kebolehannya? Apakah jaminan sekiranya dia menang, dia mampu membawa perubahan atau sekurang-kurangnya menjalinkan hubungan yang baik dengan penduduk setempat?
Kalau aku nak senaraikan lagi di sini , aku mungkin x tidur malam nie. Terlalu banyak alasan-alasan lain yang menghalang seseorang itu untuk tidak mengundi.
Tapi di sini aku cuma sekadar nak bagi sedikit panduan jika korang semua nak mengundi.
1. Pertama sekali, lupakan sebentar korang nie penyokong kuat kerajaan mahupun pembangkang. Untuk seketika, cuba neutralkan diri.
2. Jangan sesekali mengundi berdasarkan Parti Politik. Inilah silapnya bagi kebanyakan orang dan akhirnya selepas pilihanraya, batang hidung wakil rakyat pun x pernah nampak! (Aku dah kene walaupun aku x undi dia tp disbbkn dia menang, aku pun tanggung jugak)
3. Undi berdasarkan calon. Jika ada masa, cuba selidik latar belakang calon2 yang bertanding di kawasan ADUN dan Parlimen anda. X payah nak sibuk2 nak ambil tahu psl ADUN atau Parlimen orang lain sbb korang xder hak pun nak undi kat area tue...
4. Jika calon2 tue semuanya berkelayakan, cubalah korang tengok masyarakat dan kawasan setempat anda selama nie. Apakah perubahan dan kemajuan yang korang dapat lihat? Jika ada, pilihlah calon yang selama ini membawa sumbangan kpd masyarakat setempat korang. Dan jika sebaliknya, faham2 jerlah. It is time to change!
5. Tidak perlu terpengaruh dengan peraih2 undi. Kita x bodoh untuk memilih calon mana yang patut diundi. Undi kita bukan untuk dijual beli. Tapi kalau diorg nak bagi jugak duit ke, apa ke, amik jerlah. Time undi, tetap pilih calon yang betul2 layak yang kita dah decide awal2 lagi.
6. Never ever hear the Candidates speech. Percayalah, itu semua karut! Tujuan hanya satu, untuk dapatkan satu undi dari kita. Membazir jer bajet untuk kempen pilihanraya. Sepatutnya langsung x perlu. Segala kerja dan sumbangan2 dalam masyarakat itulah sebenarnya kempen untuk mereka mencatat prestasi yang baik untuk dikenali dan dipilih untuk dicalonkan.
Bagi aku, penting wujudnya pembangkang. Pembangkanglah yang akan mewujudkan check and balance dalam pentadbiran kerajaan. Pembangkanglah yang begitu berani secara membabi buta menghentam kerajaan walaupun isunya terlalu kecil untuk diperbesarkan. Dan disebabkan inilah, kerajaan akan dan terpaksa untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan dan dasar.
Satu lagi fungsi pembangkang yang mngkin korang x sedar. Kerajaan akan memberi lebih perhatian pada kawasan2 yang ditakluki pembangkang. Secara x langsung akan membawa bersama kemajuan dan lebih sumbangan di kawasan itu. Jadi, kadangkala bagus jugak pembangkang menang di suatu kawasan dan jika kalah pun dengan hanya majoriti yang begitu kecil. Percayalah, kita mungkin tersenyum seperti kawan2 kita di Terengganu dan Kelantan.
Aku bukan penyokong BA atau BN tetapi aku adalah Rakyat Malaysia.
pirate_kl@yahoo.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...