Meet me there on the last day since I'll be on duty to look after the floor. I'll be roaming around on every hall all the time from 10am to 9pm. Sebenarnya hari Khamis lepas aku dah ada sana sampai kejang abis kaki. Biasalah dah lama badan nie tak dilasakkan. Asyik tido, makan, keje. Itu rutin harian sejak lepas kahwin. Nasib baiklah esoknya hari Jumaat dok melepak mengadap PC jer kat opis. Hari last nie mudah-mudahan semuanya smooth. Dengar citer Puan isteri dan adik-beradiknya pun nak ke sana jugak. Weeee x sabar nak dating kat floor sambil keje :p
Sunday, October 20, 2013
Monday, October 14, 2013
12 Fakta Mengenai Rokok di Malaysia!
Tahukah
anda, ini mungkin perkara-perkara yang anda tidak pernah dengar berkenaan isu
rokok haram...!
1. Malaysia merupakan pengguna rokok haram ke-3 tertinggi di antara 11
negara Asia (ITIC & Oxford Economics 2013)
2. 34.5% jumlah rokok yang terjual di Malaysia adalah haram
(ITIC 2012)
3. Malaysia hilang hasil cukai bernilai RM1.9 bilion pada tahun
2012 kerana rokok haram
4. Di Malaysia, 'rokok haram'
BUKAN bermaksud jenama rokok seperti Marlboro, Dunhill, dll yang dipalsukan
5. Apa yang dimaksudkan adalah rokok yang dihasilkan secara
murah
6. Aktiviti penjualan rokok haram di Malaysia terbahagi kepada dua
7. Rokok haram dijual pada separuh harga rokok asli dengan harga
RM3.50 sepaket. Ini bermakna, ia lebih mudah dibeli oleh remaja.
8. Rokok haram adalah cara
paling lumayan untuk mendanakan jenayah terancang dan aktiviti pengganas.
Permintaanya tinggi, untung tinggi dan penaltinya rendah
9. Rokok haram ada juga kaitan dengan pengedaran dadah dan penyeludupan manusia
10. Rokok haram tidak dikawal
oleh kerajaan atau penguatkuasa kesihatan
11. Ianya berkemungkinan besar dicemari
bahan pengawet yang memudaratkan
12. Rokok haram mungkin ada satu atau lebih dari ciri-ciri
berikut (klik SINI atau gambar untuk
keterangan lanjut)
Sunday, October 13, 2013
Rindu
Aku berterima kasih pada rasa rindu yang menemukan aku dengannya di alam mimpi. Cukup memadai untuk kedengar suaranya, ku tatap wajahnya, ku rasa kasih sayangnya...
Bonda, damailah kau di sana...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tuesday, October 8, 2013
Cara Buat Duit di Internet
Saya memerlukan perkongsian ilmu menjana wang melalui internet. Tidak kira yang memerlukan modal atau pun yang tidak memerlukan sebarang modal. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu antara satu sama lain.
Setakat ini saya masih konsisten dengan 8Share, Churp-churp dan Nuffnang setelah gagal dengan Google Ads. Buat masa ini saya kembali berjinak-jinak dengan DonkeyMails yang telah saya tinggalkan lebih dari 5 tahun dan juga turut mencuba nasib dengan Jobdirumah.Com.
Selain daripada senarai di atas, saya juga pernah menglibatkan diri dengan advertlets di blog.
Saya percaya, masih terlalu banyak peluang menjana wang di internet yang hanya memerlukan ketekunan sebagai modal. Tidak rugi kalau kalian turut berkongsi sama. Terima kasih.
Monday, October 7, 2013
Gagal Cash out!!!
Beria2 baru nie set target sekurang-kurangnya nak achieve RM50 pada hari Ahad 6 Oktober 2013 tapi malangnya terkurang pulak 41 sen bersamaan 3 klik! Hari Ahad 6 Oktober tue mmg dok umah jer semata-mata nak achieve target nie... sampai sempat siapkan 1 artikel lagi berkenaan Samsung Galaxy Note 3 (Spesifikasi Penuh dan Harga Samsung Galaxy Note 3 di Malaysia) dan ping di pelbagai Facebook Group. Tak mengapa dan tak rugi pun gagal hari ini. Jadi kita akan kejar target seterusnya untuk cash out RM100 sebelum Isnin ketiga bulan nie iaitu sebelum 21 Oktober.
Sebenarnya, saya beria-ia nak cash out genap RM50 bukannya apa sebab cuba mencabar diri untuk cash out pada setiap hari Ahad sebelum Isnin pertama dan ketiga setiap bulan sekurang-kurangnya RM50! Jadi secara tidak langsung saya akan berjaya kumpul RM100 setiap bulan melalui 8Share nie.
Jadi kepada 8Share members semua, jom kita set satu amaun untuk sama-sama cash out pada 20 Oktober nanti!
Nak tahu iklan apa yang saya bermati-matian pada hari terakhir cash out semalam? Ini dia tiga iklan bertuah tue!
Sunday, October 6, 2013
Spesifikasi Penuh dan Harga Samsung Galaxy Note 3 di Malaysia
Kecoh sekarang nie dengan pelancaran model baru keluarga Samsung di Malaysia. Samsung Galaxy Note 3 merupakan phablet. Ya, nak dikatakan tablet, bukan dan nak dikatakan telefon juga bukan. Ia adalah telefon dan tablet.
Subscribe to:
Posts (Atom)