Alhamdulillah. Selesai satu tanggungjawab sebagai bapa kepada anakku Anis Sofhya. Hari ini Sabtu, 21 Feb 2015 bersamaan 2 Jamadilawal 1436 bertempat di Klinik Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang pada pukul 4 petang, selamatlah anak sulungku berkhatan diusianya 3 bulan dan 9 hari!
Pengalaman yang agak mendebarkan tambah-tambah lagi dengan tangisan yang bersungguh-sunguh dari Anis Sofhya. Cukup mensayukan hati seorang bapa! Redha dan pasrah. Bayaran yang dikenakan hanya RM30. Puas juga nak memujuk dan bagi dia diam. Masuk dalam kereta terus senyap dan mula start bersembang semula. Sekali sekala dia meragam. Di rumah pun sama dan bila dia tertidur legalah rasa. Bila tersedar dia srat menangis semula sampailah ibunya salin lampin dan buang kapas yang diletakkan di tempat berkhatan. Selepas tue Alhamdulillah dia dah ok. Mungkin kapas tue yang buat dia x selesa tambah bila dia kencing menyebabkan kapas basah dan terkena pada bahagian luka.
Silap tak tukar awal-awal... haih...
Untuk maklumat lanjut berkaitan berkhatan dan hukumnya, bolehlah rujuk di SINI yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Harap-harap Anis Sofhya tidur lena malam nie... Kesian baby ku
2 comments:
Togel Singa, Keluaran Hk, Pengeluaran Sgp, MELODI TOGEL
BandarOnlineTerpercaya.Info
Togel Singapore, Data Sgp, Togel Hk, MELODI TOGEL
Post a Comment