My Followers

Tuesday, March 3, 2015

Ang Pow: Murah Rezeki di Tahun Baru Cina

Yes! Hari pertama bekerja selapas Tahun Baru Cina betul-betul bertuah!

Pagi-pagi lagi Timothy, member satu team aku dah bagi Ang Pow. Since aku agak sibuk mengajar bakal orang baru dalam team, aku tak sempat nak bukak tengok berapa nilai Ang Pow tue. Petangnya masa otw balik rumah barulah Cik Puan bukak dan nilainya adalah RM10. Tahun lepas dia bagi RM5.

Esoknya pulak Mr Poon iaitu boss aku pulak yg bagi dan nilainya kali nie adalah RM20. Wuhuuuu Alhamdulillah. Rezeki Allah dikala aku kesempitan. Walaupun cuma RM30 tapi besar nilainya bagi sesetengah orang.

Dan pada hari Jumaat pulak, Cik Puan ajak pergi CNY Open House merangkap House Warming boss dia di Riverview Kemensah Taman Melawati. Dia cuma jemput staf ofis diorang saja. Gila-gila punya luas, cantik dan ekskulif rumah boss dia! Nilai pun juta-juta tuuuuu.... Dan kat sini aku dan Cik Puan dapat Ang Pow sorang RM6 tapi bukan dari boss dia tapi dari salah seorang rakan ofis diorang. Dah 2 tahun boss dia tak bagi Ang Pow sebab tahun lepas kematian Ibu mertua jadi perlu berpantang selama 3 tahun mengikut adat dan kepercayaan orang-orang Cina.

Jadi tahun nie sempena Tahun Baru Cina aku dapat Ang Pow bernilai RM36! Banyak tue untuk orang yang dah jadi bapak budak nih! Hahahaha

Ini dia Red Packet atau Ang Pow yang aku dapat baru-baru nie

Dua-dua untuk aku :D

1 untuk aku dan 1 untuk Cik Puan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...