My Followers

Saturday, March 14, 2015

Resah dan Gelisah Kerana Bayi Demam: Apa yang perlu dilakukan?

Oh anakanda ku sayang... Demam pula kamu selepas kena cucuk imunisasi... Terus Ibu dan Abah sambung cuti menjaga kamu. Yerlah sayang... Pukul 3 pagi baru Ibu berjaya kejutkan Abah yang nyenyak tido... Dan sampai ke siang Abah tak boleh tidur bimbangkan kamu sayang. Macammana la Abah sanggup tinggalkan kamu untuk pergi kerja.

Check suhu telinga Anis terus menunjukkan 38.9 celcius. Apa yang aku buat?
  1. Capai Koolfever tampal di kedua-dua ketiak dan belakang leher (ada pendapat mengatakan bahaya tampal di dahi dan ada juga penafian pendapat ini, Wallahuallam.. Aku taknak amik risiko)
  2. Basahkan kain lap tangan dengan air suam dan lap dikepala, ubun-ubun, leher... Orang Kedah panggil nie "jelom". Kenapa air suam? melalui pembacaan di internet, air suam akan membuka ruang-ruang pori kulit dan akan menyebabkan suhu lebih cepat keluar
  3. Berusaha untuk susukan Anis sekerap dan sebanyak mungkin... Bayi yang demam perlukan air di dalam badan untuk kurangkan panas. Susu ibu lebih mujarab namun susu formula juga boleh membantu. Asalkan bayi minum. Alhamdulillah selera Anis masih belum hilang. Dia menyusu dengan baik. Esoknya lampin dia penuh dan berat dengan air kencing :D
  4. Tukar selimut dia. Aku guna kain napkin jer. Nipis sket supaya haba tidak terkurung. Baju pun patut pakai yang nipis tapi aku taknak ganggu Anis yang tido
  5. Kipas aku sentiasa 'On'kan. Cuma pastikan jangan terlalu kuat. Bukak Low atau Medium dah memadai.
  6. Mandikan dengan air suam dan lap sikit-sikit jer agar air menyerap ke dalam badan. Air suam akan buka ruang pori kulit untuk membebaskan suhu badan.
Alhamdulillah suhu Anis menurun ke 38.1 celcius... Namun panas dia up and down oleh sebab tue Cik Puan si ibu Anis sarankan beri ubat demam pada Anis... Ini pilihan terakhir ya tuan-tuan dan puan-puan...
Jadi paginya Anis dan sihat seperti biasa, mula galak dan ramah bersembang lebih dari biasa. Tapi tengahari suhu macam naik kembali... Apa lagi... ulang langkah 1 hingga 3 di atas... dan hari nie Alhamdulillah Anis bebas demam sepenuhnya... 

Untuk pembacaan mengenai demam boleh baca di:

4 comments:

alongxp said...

Sejak-sejak dah jadi bapak ni kan? hehehehe

Unknown said...

Tudia la Along... kalah mak mak... hahaha

mayangbakingmadness said...

BYK BG MINUM SUSU.. AKAK LAIN PLAK MANDIKAN JIKA SUHU NAIK SGT PANAS, PAKAI STOKING, JELOM KEPALA, CELAH KETIAK DAN PERUT....

Susan said...

Hi there, I found your blog via Google while searching for such kinda informative post and your post looks very interesting for me.
sims 4 news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...