My Followers

Friday, March 14, 2008

Pendapat aku mengenai isu politik masa kini

1. Jika nak salahkan DAP meminggirkan org Melayu, sebenarnya org Melayu sendiri dah dipinggirkan sepanjang 50 thn pemerintahan BN-Gerakan. Cuba lihat kembali 20 thn atau 30 thn sebelum ini, penduduk Melayu di bahagian pulau masih ramai tetapi sekarang kebanyakan Melayu pulau hanya tinggal di Balik Pulau. Dan mereka di sana juga menyokong PAS dan PKR kerana apa? Sbb merekalah yg amat rs terpinggir. Mereka masih mempertahankan apa yg masih mereka miliki sbb itu mereka masih di situ. Jika dibahagian2 lain di pulau, tanah2 org Melayu sudah lama dipaksa untuk dijual. Perlu diingat, paksaan juga boleh dilakukan dengan ditawarkn dengan harga yg lumayan. Tapi apa yg kerajaan BN-UMNO lakukan untuk mempertahankan tanah2 tersebut dikuasai oleh Kerajaan BN-Gerakan atas alasan pembangunan hartanah yg hanya mampu dimiliki oleh bangsa2 lain. Sy tinggal di Kulim, Kedah yg x jauh dari Pulau pinang. Saudara mara saya sendiri ramai yg PERNAH tinggal di bahagian pulau di Pulau Pinang tetapi kebanyakan mereka telah berpindah kerana x mampu bersaing dengan peningkatan kos sara hidup, tawaran rumah di tanah besar(Seberang Perai) selepas tanah dibeli oleh kerajan negeri dan sebagainya.

2. Dasar DEB memang dibuat untuk mempertahankan hak2 org Melayu dan menyeimbangkan ekonomi Bumiputera dengan bangsa2 lain di Malaysia. Tetapi jika DEB yg dilaksanakan hanya menguntungkn sebahagian kecil org2 Melayu, DEB patut digubal dan diolah supaya kekayaan Negara diagih sama rata terutama dikalangan org2 Melayu sendiri. Di Pulau Pinang, DEB yg dikatakan penuh dengan kronisme, rasuah, penguasaan kontrak oleh sebilangan kecil kontraktor Melayu tertentu dan lain2 yg negative dimansuhkn oleh kerajaan DAP disebabkn kesilapan BN-UMNO sendiri yg lari dari tujuan asal DEB. Tetapi sedar atau tidak, sebenarnya DEB telah lama berakhir dan diganti dengan dasar baru? Cuba check

3. Perlu diingat jugak, peralihan sokongan undi terhadap PAS/PKR/DAP bukannya disebabkn oleh kejayaan PAS/PKR/DAP menarik perhatian rakyat semata2 tetapi juga disebabkn bantahan terhadap kerajaan BN yg gagal meletak calon yg bersih dan diterima oleh rakyat, dasar2 kerajaan yg mengkritik setiap keluhan rakyat dan mendakwa setiap apa sahaja yg dilakukan kerajaan adalah betul dan tidak boleh dipertikaikan, kenaikan kos sara hidup yg alasannya tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia dan tidak diperjelaskan sehingga memuaskn hati pengundi2, kegagalan kerajaan BN membendung permasalahan sosial remaja dan jenayah, pembahagian kekayaan/pembangunan yg tidak sampai kerakyat akar umbi dan juga keangkuhan pemimpin2 BN semasa berkempen sepanjang pilihanraya. Nilaikn balik kenapa org Cina dan India sanggup mengundi PAS, org Melayu sanggup mengundi DAP dan semua org sanggup mengundi selain BN? Ini adalah undi tidak percaya rakyat kepada pemerintahan BN. Mungkin juga sudah sampai masanya org2 Melayu dijaga oleh PAS disebabkn UMNO telah lari dari tujuan asal pembentukannya.

4. Perlu ditegaskan, saya bukan penyokong PAS/DAP/PKR/BN tetapi rakyat Malaysia yg boleh berfikir dan berharap sesiapa sahaja yg memerintah jangan terlalu angkuh dan melakukan penyelewengan. Mereka perlu lakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan tidak mengambil kesempatan untuk keuntungan diri sendiri. Jika tidak, peristiwa pilihanraya ke-12 akan sentiasa berlaku. Mengenai perubahan kepimpinan di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan x salah jika masukkn Wilayah persekutuan sendiri, kita beri sahaja mereka peluang untuk memimpin. Jika mereka gagal, rakyat sentiasa bersedia menghukum mereka dalam pilihanraya ke-13 nanti. Tunggu sahaja. Terakhir sekali, kenapa Lim Kit Siang menarik balik kenyataan boikot majlis angkat sumpah Menteri Besar perak? Ini disebabkan respon rakyat dan pengikut mereka sendiri yg membantah kenyataan boikot tersebut. Ini adalah bukti, rakyat yg sedang berkuasa sekarang dan bukannya parti politik.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...