Friday: 19 Feb 2009
Saham F&N menjunam lebih 10 peratus
HARGA saham Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) mencatatkan peratus penurunan harian terbesar sejak 1998 apabila menjunam lebih 10 peratus semalam susulan keputusan The Coca-Cola Company untuk tidak memperbaharui francais pembotolan dan pengedaran minuman karbonat yang dipegang syarikat itu di negara ini, yang akan tamat Januari tahun depan.
Harga sahamnya menjunam 95 sen atau 10.55 peratus kepada RM8.05 sesaham sebaik dibuka semalam, sebelum terus lemah ke paras terendah harian RM7.60 sesaham, jatuh RM1.40 atau 15.55 peratus pada akhir sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun harganya kembali stabil menjelang akhir dagangan sesi petang untuk ditutup pada RM7.85, susut RM1.15 atau 12.78 peratus, paras terendah dalam tempoh setahun.
Penganalisis CIMB Invesment Bhd, Norziana Mohd Inon, berkata pengumuman lewat malam kelmarin oleh The Coca-Cola Company, pengeluar minuman ringan terbesar di dunia berpangkalan di Atlanta, Amerika Syarikat itu, ternyata mengejutkan. “Bahagian pembotolan dan pengedaran minuman ringan Coca-Cola selama ini menjadi tulang belakang F&N.
Bagi tahun kewangan 2008-2009, ia menyumbang 33 peratus kepada pendapatan kumpulan itu. “Justeru, pengumuman untuk tidak memperbaharui kontrak yang tamat pada 26 Januari 2010 itu akan memberi kesan kepada prestasi F&N bagi tahun kewangan 2009-2010 dan seterusnya,” katanya Norziana menerusi nota penyelidikan harian bank pelaburan itu semalam.
Hasbullah: F&N hanya perlu mencari jenama kola yang lain. Permintaan terhadap minuman kola tetap ada.
Susah sangat nak suruh F&N buang Jenama Coca-Cola, akhinya Coca-cola yang melarikan diri.
Adakah anda merasakan bahawa boikot menyebabkan orang akan dibuang kerja dan sebagainya? Kilang F&N di Shah Alam itu tutupkah? Permintaan terhadap minuman kola berubahkah kalau tiada coca-cola?
Adakah anda merasakan bahawa boikot menyebabkan orang akan dibuang kerja dan sebagainya? Kilang F&N di Shah Alam itu tutupkah? Permintaan terhadap minuman kola berubahkah kalau tiada coca-cola?
Jadi kepada KFC Malaysia dan Mc Donald Malaysia yang takut sangat nak buang francais, Kalau terjadi perkara sebegitu kepada mereka, barulah mereka terkial-kial membina jenama baru. Walhal sepatutnya mereka boleh membuat pelan transisi pembinaan jenama sendiri yang baru secara berperingkat.
Selepas 26 Januari 2010, Tiada lagi Coca Cola di Malaysia, melainkan kalau Coca-cola jumpa syarikat tempatan lain yang jadi Pak Sanggup.
Ia akan menyebabkan ruang vakum dalam pasaran minuman kola di Malaysia.
Itulah peluang Syarikat tempatan jual minuman kola sendiri banyak-banyak.
Yeos, Power Root, Orang Kampung sempat lagi untuk keluarkan produk minuman kola untuk memenuhi permintaan selepas Januari 2010.

Radix sudah mengorak langkah.
Jangan jadi Pak Sanggup bagi Coca-Cola sudahlah.
Aku: Tahniah rakyat Malaysia. Moral of the story, go on with the boycott. Tetapi perlu diingat, jangan tangan kanan mengangkat sepanduk boikot itu dan ini tetapi tangan kiri masih memegang rokok yg jelas menyokong Amerika, Yahudi dan seangkatan dengannya.

Xpun secara diam-diam sorg2 merangkak-rangkak pergi ke McD... Ish ish ish... Hipokrit!
1 comments:
selamat jalan..
Post a Comment