Wuhahaha... Bagus juga internetkan. macam-macam ilmu kita boleh dapat.
Baru-baru ni ada terjumpa satu tips yang paling best setakat nie untuk polish kereta. Rasanya ramai yang tahu harga untuk polish kereta bukannya RM10 atau RM20. kadang-kadang boleh cecah ratusan ringgit. Jadi bagaimana?
Hanya guna pelembut fabrik!
"Cuci kereta anda sebersih bersihnya
Bilas dengan air biasa dulu
Sediakan air dalam sukatan separuh baldi dan bancuh dengan sepenutup penuh
softener
Larutan tadi anda celupkan secukup rasa dengan kain dan disapukan pada seluruh
bahagian kereta @ motosikal ataupun apa2 kenderaan
yang bertayar dan diperbuat daripada besi.
Kat cermin juga nak kena sapu.
Biarkan larutan tadi tertempek pada kenderaan anda buat seketika. Pada masa ini
anda dapat lihat serta kesan merta pada
kenderaan anda. Air yang melekat akan menjadi berbintik bintik dan mengalir bersama segala kekotoran yang anda
sememangnya tak hingin pun anda tengok kat kenderaan anda.
Jangan tunggu kering baru nak lap sebaliknya lapkan dengan kain lembab yang
bersih dengan larutan tadi
sampai betul betul kering.
Dengan cara ini anda sebenarnya anda telah "memolish' kereta anda dengan
teknik yang berlainan dengan pengusaha car wash masa kini, tapi berjaya
memperolehi hasil yang sama.
Larutan ni jugak anda boleh boh ja dalam tangki wiper anda nescaya hujan yang
menitis ke cermin kereta anda ibarat mencurah air ke daun keladi.
Kebaikan softener ini adalah ianya mesra besi yakni ianya tidak mengaratkan
logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) pasal benda ni dah sah2 terbukti
tak menjahanamkan mesin basuh anda.
Semua pelembut pakaian adalah selamat tak kira cap kambing ataupun gajah
sekalipun."
Nota Kaki: Pada 16 September 2013 tips nie dicuba dan hasilnya sangat best! Walaupun kereta sudah kotor tetapi kereta tetap kekal berkilat sampai hari ini!