SURAH
AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur
diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan
syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah
s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17
kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah
Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya
dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin
dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang
mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala
bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan
akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah
kita dari kehausan di hari KIAMAT.
SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari
huru hara di Padang Mahsyar.
SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak
akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki
yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah
ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati,
niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah
menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami
jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000
kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga
dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam
tidurnya.
SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya
seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat
At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman
serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk
mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan
terselamat dari azab kubur.
SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan
baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu
Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu
khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti
Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa
yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an
keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali
r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya
sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini
dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa
yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan
dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w.
pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian
disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena penyakit kerana
perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut
dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam
Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali
disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam
golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia
memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari
golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
0 comments:
Post a Comment