Apa khabar peminjam-peminjam PTPTN sekalian? Dah bayar hutang untuk bulan ni? Bulan lepas? Tahun-tahun lepas? Belom????? Baru bercadang nak ke Pejabat PTPTN untuk bertanya? Baik tak payah.
Bukan tak payah bayar cuma tak payah nak buang masa ke pejabat PTPTN. Nak redah jem, abiskan minyak petrol yang dah mahal tue, bayar tol, bayar parking, buang masa menunggu nombor giliran dan macam-macam lagi. Kenapa? Sebabnya kalau nak tau, peminjam-peminjam sebenarnya mempunyai seorang pegawai yang akan bertanggungjawab memegang rekod kita. Biasanya mengikut negeri asal kita. Cara paling mudah berurusan dengan PTPTN adalah melalui mereka. Apa saja urusan! Call dan email. Tak payah nak face to face. Tambah-tambah kalau pegawai tue dah kahwin, lagi buang masa :p
Berikut adalah cara semakan pegawai PTPTN yang menjaga akaun kita
1. Bukak website http://www.ptptn.gov.my/
2. Masukkan nombor kad pengenalan
3. Maklumat dipaparkan
Itu saja!
Nota kakiku: Adakah lagi harapan PTPTN dimansuhkan? :p
Highlight kali ini:
0 comments:
Post a Comment