My Followers

Wednesday, September 25, 2013

Teknik jimat polish kereta

Wuhahaha... Bagus juga internetkan. macam-macam ilmu kita boleh dapat.

Baru-baru ni ada terjumpa satu tips yang paling best setakat nie untuk polish kereta. Rasanya ramai yang tahu harga untuk polish kereta bukannya RM10 atau RM20. kadang-kadang boleh cecah ratusan ringgit. Jadi bagaimana?

Hanya guna pelembut fabrik!


Ini adalah ayat copy paste dari blog Serbuk Cili

"Cuci kereta anda sebersih bersihnya 
Bilas dengan air biasa dulu
Sediakan air dalam sukatan separuh baldi dan bancuh dengan sepenutup penuh softener
Larutan tadi anda celupkan secukup rasa dengan kain dan disapukan pada seluruh bahagian kereta @ motosikal ataupun apa2 kenderaan yang bertayar dan diperbuat daripada besi. 

Kat cermin juga nak kena sapu.

Biarkan larutan tadi tertempek pada kenderaan anda buat seketika. Pada masa ini anda dapat lihat serta kesan  merta pada kenderaan anda. Air yang melekat akan menjadi berbintik bintik dan mengalir bersama segala kekotoran yang anda sememangnya tak hingin pun anda tengok kat kenderaan anda.


Jangan tunggu kering baru nak lap sebaliknya lapkan dengan kain lembab yang bersih dengan larutan tadi sampai  betul betul kering.


Dengan cara ini anda sebenarnya anda telah "memolish' kereta anda dengan teknik yang berlainan dengan pengusaha car wash masa kini, tapi berjaya memperolehi hasil yang sama.

Larutan ni jugak anda boleh boh ja dalam tangki wiper anda nescaya hujan yang menitis ke cermin kereta anda ibarat mencurah air ke daun keladi.


Kebaikan softener ini adalah ianya mesra besi yakni ianya tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) pasal benda ni dah sah2 terbukti tak menjahanamkan mesin basuh anda.


Semua pelembut pakaian adalah selamat tak kira cap kambing ataupun gajah sekalipun."


Nota Kaki: Pada 16 September 2013 tips nie dicuba dan hasilnya sangat best! Walaupun kereta sudah kotor tetapi kereta tetap kekal berkilat sampai hari ini!

3 comments:

IMA SALSUZAIMA said...

wah.info menarik..pasni nak bgtau kat husben lah..hihihi

Unknown said...

Puan Ima - Silalah cuba ya. X rugi pon

Unknown said...

Betul!saya pernah lakukan secara tak sengaja...mmg masatubsaya tak tau yg disangkakan sabun itu soflan.heran juga tak dak buih..habis cuci baru isteri prasan yg saya sudah guna soflan..tp mmg merecik habis la keta..bekilat..sejak haritu mmg polis guna soflan sampai skrng..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...