My Followers

Wednesday, February 16, 2011

Show Your Concern: Hairuman Bin Miskon

Just watched Bersamamu TV3 and my tears could not be hold... Yes, man does cries. 


Saya sangat tersentuh dengan penderitaan Hairuman Bin Miskon dan ketabahan seorang kakak, Maryuni Bt Miskon. Hairuman terkena renjatan eletrik ketika melakukan kerja-kerja mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang, pada 26 November 2010. Akibat daripada itu, kedua-dua belah tangan dan juga kaki kiri  beliau terpaksa dipotong. Badannya 50% melecur. 



Keadaan Hairuman semasa masih baru
Beliau merupakan anak yang telah kematian ibu dan bapa sejak berusia 5 tahun dan melakukan kerja-kerja tersebut bukan sahaja demi menyara kehidupan beliau sendiri malah untuk adik-beradiknya yang tercinta. Beliau adalah anak ke-4 dari 6 orang adik-beradik. Dua dari kakaknya adalah OKU. Kini, hanya kakak dan abang iparnya sahaja yang dapat menampung keluarga.

Saya telah mengikuti perkembangan  Hairuman melalui media massa dan internet sejak dari hari pertama kes ini dipaparkan tetapi masih tak dapat berpeluang untuk melakukan lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Diharapkan, entri ini dapat memberi sedikit sumbangan demi Hairuman.


Kunjungan Amy Search ketika Bersamamu TV3 (Sumber dari http:\\belia.org.my)
Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan, anda boleh menyalurkan ke akaun kakak mangsa seperti butiran dibawah. Sedikit pun tak mengapa, janji kita telah lakukan sedikit tanggungjawab sesama insan yang sedang dalam kesusahan. Hari ini nasib Hairuman, pada masa akan datang siapa yang tahu. 


(1) MUHAMAD HAIRUMAN MISKON
CIMB: 12570005386520



(2) MARYUNI BINTI MISKON
CIMB: 12570000203529

15 comments:

LADYHEART said...

ksian nye dye..
tabah menghadpi dugaan idop..

.::: Princess MOMOY :::. said...

kesian sangat ngan adik ni
hmm...time momoy buat entry dia , tangan shaking jer . huhu...
terasa sampai dalam hati
then terus buat banner untuk dia
kesian sangat dia
dah la yatim piatu
budak baik, rajin tolong orang
tapi malang hidup dia dia
yang TNB pun senyap jer
mana bantuan kat adik nih

tupaimerah said...

saya mmg tak tonton bersamamu.
sebab kesedihan melampau.
bagusla ade blogger perihatin mcm kamu.
kalau saya nk buat sumbangan,
amik info kt sini je. tq!

ispeakmalay said...

adooi, berat mata memandang, berat lg bahu memikul. mesti sakit. kesian dia...

Unknown said...

Alhamdulillah. Mokasih yo post entry ni =)
samo2lah kito bantu ringankan beban adik Hairuman Miskon

Hairil Rizal said...

Mekasih Pirate sbb share info ni.
Aritu ada gak tgk Bersamamu...kesian sangat...

Faizal Syukri said...

kesian... berat gak dugaan yang harus dilalui :(

Unknown said...

Ladyheart - Dugaan daripada Allah... harap Hairuman dan keluarganya sentiasa tabah
Princess Momoy - Nnt Pirate nak amik banner tue utk tampal kat blog Pirate. Berkenaan TNB, no comment psl xtahu mereka rs bertanggungjawab atau x

Unknown said...

Tupaimerah & ispeakmalay - kita sama2 doakan mereka dpat harungi semuanya dengan kuat

Unknown said...

Suhaimi & Hairil - Sama2. Ini mungkin sebahagian dari tanggungjawab kita sesama insan

Unknown said...

Peja - Dugaan yang x boleh kita nak nafikan. Mmg sedih tgk nasib dia

Anonymous said...

kesian tgk ..dah ditakdirkan begitu..

Fariza Fauzi said...

heeeeeeeee takutnyaa

ayu said...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

Maryuni Binti Miskon said...

Assalammualaikum wbt. Saya puan Maryuni Bt Miskon, kakak kepada Hairuman Bin Miskon. Ingin berkongsi bahawa Hairuman telah dimasukkan ke wad Rehabilitasi di HKL bagi meneruskan rawatan perubatan dan pemulihannya pada 22.2.2012 untuk jangkamasa yang tidak diketahui lagi, semuanya bergantung kepada apa kata doktor. Yang pasti ia akan memakan masa berbulan-bulan lamanya, dan yang pasti ia memerlukan kos yang agak besar, sama seperti keadaan sebelum ini. Begitu perit dan jerih ranjau yang perlu dilalui, namun terpaksa ditempuhi juga demi sebuah kehidupan dan kelangsungan hidup. Kepada pembaca-pembaca sekalian, jutaan terima kasih atas keperihatinan anda. Kami mengharapkan doa, harapan dan sokongan anda semua. Sumbangan dan derma juga amat kami alu-alukan demi meringankan beban dan kos perubatan Hairuman sepanjang di rawat di HKL. Semoga Allah memberi rahmat ke atas kita semua. Amin….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...