My Followers

Thursday, November 15, 2012

Bersedia untuk majlis pada 17 November 2012

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, dia menjadi isteri ku pada 10 November 2012.


Sekarang tengah bersiap-siap untuk pulang ke kampung halaman sebelum bertolak ke rumah kakak sulong untuk majlis menyambut menantu di Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah pada 17 November 2012. 

Jemputlah ke majlis saya pada 17 November 2012 nanti.

Alangkah lebih bermakna sekiranya kedua orang tuaku juga turut bersama pada majlis ini...
Al-Fatihah untuk kedua ibu dan bapa ku...

Friday, October 12, 2012

My Wedding Invitation 10/11 & 17/11 2012

Syukur Alhamdulillah. Semoga segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.
Semoga sudi hadir :)



10 Nov 12 - No 81 Jalan DM 3/3, Taman Desa Mas, Bandar Country Homes, Rawang

17 Nov 12 - 411 Jalan Durian, Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah



Wednesday, September 26, 2012

Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Terakhir

Diam tak diam hari ni dah masuk 15 Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Jika Ramadhan tahun lepas aku dihujani dengan ujian dari Allah, Ramadhan kali ini nampaknya agak lancar. Syukur pada Allah. Sepanjang berpuasa, kebanyakan hari hanya berbuka di rumah dengan juadah dari Bazar Ramadhan Damansara Damai dan dari Shah Alam sampai adakalanya hilang idea nak makan apa. Walaupun banyak juadah yang dijual tapi bosan juga kalau tiap-tiap hari bungkus. InsyaAllah, hari nie nak masak sendiri di rumah walaupun simple. Since hari ini berbuka sorg2 di rumah (2 org housemate balik kampung) dan tak ada plan utk berbuka di luar, rasanya better masak ala kadar saja.

Sepanjang 15 hari nie, hari pertama berbuka di kampung, 1 kali berbuka dengan seorang sahabat baik di luar dan 1 kali berbuka dengan buffet di Cosy Place Wangsa Maju bersama cik tunang tersayang dengan izin parents dia. Actualy nie first time kami berbuka dan dinner sama2. Biasanya kami hanya berjumpa seminggu sekali atau selang dua minggu sekali pada hujung minggu dan aku akan hantar dia balik sebelum Maghrib. Itu disiplin kami walaupun agak rushing bila nak ke sana. Bila rushing, aktiviti menonton wayang biasanya akan diketepikan utk beri masa yg lebih utk diri masing2 dan rasanya dah lama tak tengok wayang dengan si dia sebab tak sempat :)

Sepanjang Ramadhan nie jugak memang tak dapat dinafikan perasaan rindu pada arwah mak membuak2. Kalau mengikut kalender Hijrah, 23 Ramadhan nie genap setahun mak kembali ke Rahmatullah. Kalau kalender Masihi, 23 Ogos nie... Mmg berdebar-debar nak mengadap suasana Syawal kali nie tanpa arwah mak dan arwah kakak ipar. Kadang2 rasa takut utk berdepan dengan Syawal. Mak meninggal ketika aku dah dewasa dan boleh berfikir dengan waras namun rasa sebak ketika teringatkan arwah memang x boleh hilang. Aku tak dapat bayangkan macamana anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa sejak kecil begitu tabah mengharungi hidup sehari-hari. Pesanan ku pada yang masih punya ayah dan bonda, jangan lukakan hati mereka, berusahalah utk buat mereka rasa bangga, gembira dan bahagia punya anak seperti kita. Seandainya umur kita panjang, itulah juga yg kita harapkan dari anak2. Dan kasihilah dan hormatilah anak-anak yatim jika berpeluang bertemu mereka. 

Ya, sekiranya segala perancangan berjalan lancar, ini adalah Ramadhan terakhir ku sebagai seorang bujang :)

Dan aku mengharapkan yang terbaik seandainya ini adalah Ramadhan terakhir ku di dunia ini...

Monday, July 30, 2012

My Says.my 30 July 2012 Updates!

Whoops! Exceeded my expectations!


Ok! It is time to cashout the earnings!

BUT!!!!

An error message occurred....


"2 errors prohibited this cash cashout from being saved

There were problems with the following fields:
  • Request amount should not include cents
  • Request amount must be less than or equal to 500"

As such, only RM500 has been accepted. I never know about this before as this is my first time to keep my earnings until this such amounts. What a waste of time. I should redeem in June but nevermind as long as the balance still there.

What's next?


Still long way to see the money deposited into my Maybank saving account.

Interested to join SUBSCRIBE to SAYS.MY 

Wednesday, July 25, 2012

My Says.my 25 July 2012 Updates!

After a long break from not doing any Says.my ads promotion, I started back while waiting for Iftar and hoping that I can reach atleast RM580 before this coming 30th July!

I personally think these 4 ads really attractive and can attract maximum like
If you want to know more about the ads and what they currently promoting, please click below

  1. Cara paling senang beramal melalui Facebook sponsored by Colgate
  2. Samsung Galaxy SIII by Celcom
  3. An awesome video by creative young fellas about KL City
  4. Pemeriksaan kereta percuma oleh Perodua

Sunday, July 22, 2012

Sunyi..

Alhamdulillah... Selesai solat Terawikh pada malam kedua. Malam pertama tak dapat join sebab masih dlm.perjalanan balik dari KL ke kampung halaman di Kedah. Hujan renyai-renyai pulak malam nie buat hati rasa sayu saja...

Tiba-tiba terkenang pulak masa-masa lalu... Rumah nie ramai penghuninya. Bapaku pergi dulu meninggalkan kami semua... Kemudian datuk pula pergi tak sampai 3 minggu selepas bapaku pada tahun 1998. Pada tahun 2007 pulak tok (nenek) kembali ke rahmatullah. Pemergian tok betul-betul buatkan rumah ini sunyi sebab sepanjang tok tinggal di sini, rumah inilah yang menjadi tempat tumpuan dan berkumpulnya saudara-mara terdekat tak kira masa terutama sekali pada hari raya.

Pada 2010 rumah ini menerima ahli baru selepas abg berumahtangga. Namun 2011 ibu tercinta pula meninggalkan kami. Kehidupan di rumah nie berubah sekelip mata selepas mak pergi. Aku di KL, abg dan isteri dan kakak seorg yang belum berkahwin masih di rumah ini.

Kalau abg keluar bekerja kakak dan kakak ipar akan duduk berdua di rumah. Kalau abg dan kakak ipar balik ke rumah mertuanya di kuala kangsar, kakak akan pergi bermalam di rumah kakak sulung sejam dari rumah. Kalau kakak ipar bermalam di wad ditemani maknya, kakak aku akan tinggal di rumah kakak sulung dan abg aku akan bersendirian di rumah ini...

Belum pun dapat menyesuaikan diri dengan pemergian bonda tersayang, satu-satunya kakak ipar pula pergi dijemput Ilahi...  Tinggallah abang ku dan kakak ku yg masih di sini. Mujurlah ibu mertua abg masih di sini menemani sehingga raya... Ntah macamana kehidupan di rumah ini selepas raya...

Dulu riuh ketika hendak berbuka. Dulu meriah berjalan kaki dgn arwah mak,  arwah tok dan arwah datuk untuk berterawikh... Dulu seronok dgr arwah mak berbual2 dgn arwah tok bercerita tentang kisah-kisah lama mereka... Sekarang... Semuanya tiada tetapi ku simpan erat dalam kenangan. Menjadi penawar ketika rindu.

Dugaan demi dugaan.. Ntah apa selepas ini. Teringat kata-kata seorg ustaz di Radio Kedah FM, dugaan yang dtg tanda ingatnya Allah pada hambanya. Sebagai hamba, tingkatkan iman selagi bernyawa.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami semua supaya tetap di jalan Mu. Jauhkanlah pertelingkahan di antara kami adik-beradik. Kekalkan kesihatan kami dan murahkan rezeki kami supaya kami mampu terus mendoakan dan beramal ibadat demi mereka yang dirindui yang telah kembali kepada Mu.

1 Ramadhan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 15, 2012

Senarai perfume

You may refer at http://www.facebook.com/SmartCollectionEDP for regular updates. Leave your comment here, PM me in facebook or email to pirate_kl@yahoo.com


FOR SMART MEN

(156) Lacoste pour homme m by Lacoste
(052) Issey Miyake m
(172) Allure Homme Sport m by Channel
(041) 212 m by Carolina Herrera
(195) Black XS m by Paco Rabanne
(094) Dunhil red m by Dunhill
(013) Drakker Noir m by Guy Laroche
(239) 212 sexy m by Carolina Herrera
(426) Escada Megnatisim m by Escada
(018) armani aqua di gio m Giorgio Armani
(169) armani code m by Giorgio Armani
(040) Davidof Cool water m by Davidoff
(157) lacoste red m by Lacoste
(442) Lacoste White m by lacoste
(262) One million m by Paco Rabanne
(229) polo black m by Ralph Lauren
(006) polo sport m by Ralph Lauren
(412) cartier m by Cartier
(391) Versace Pour Homme m by Versace

FOR SMART WOMEN

212 sexy w by Carolina Herrera
(248) armani code w Giorgio Armani
(379) escada ibiza hippie w by Escada
(387) escada rockin roy w by Escada
(104) escada sexy graffity w by Escada
(431) escada taj sunset w by Escada
(394) choppard happy spirit w by Choppard
(074) kenzo flower w by Kenzo
(306) lady million w by Paco Rabanne
(193) lolita lempicka w by lolita lempicka
(443) Ralph Lauren blue w by Ralph Lauren
(293) Ricci ricci w
(096) D&G light blue w by Dolca&Gabbana
(380) Escada Marine Groove w by Escada
(004) Organza w by Givenchy
(277) Gucci by Gucci w
(048) Gucci Rush w Gucci
(049) Hugo Boss White w Hugo Boss
(196) Miss w by Christian Dior
(244) Paco Rabanne Black XS w by Paco Rabanne
(007) Poison w by Christion Dior

Thursday, July 12, 2012

7 July 2012 - Al-Fatihah untuk Arwah Kakak Ipar ku, Nor Haslinda

Dugaan demi dugaan menimpa keluarga aku. Semua nie ujian Allah. Belum pun setahun mak kembali ke Rahmatullah (23/8/2011), pada pagi Jumaat 6/7/2012 pula satu-satunya kakak ipar ku pula kembali kepada-Nya pada usia baru 22 tahun! Puncanya serangan jantung. Arwah ada masalah jantung sejak kecil dan pernah di operate di IJN. Selepas berkahwin, doktor dapati injapnya bocor dan batu dalam hempedunya.

Pukul 9.30 pagi aku dapat panggilan telefon dari abg aku dan dia tanya, 'boleh balik dak?'. Masa tue aku dah suspen.. Aku tanya dia kenapa. Then dia cakap Linda (kakak ipar aku) dah meninggal. Memang masa tue aku betul2 terkejut dan tangan terus menggigil-gigil sebabnya seminggu sebelum itu aku memang ada di kampung dan dapati arwah semakin sihat dan hampir kembali seperti sedia kala. Trus aku kemas-kemas, bagitau boss dan trus balik umah amik pakaian. Pukul 10.40 aku masuk Tol Sungai Buloh sampai umah pukul tepat pukul 2 ptg aku sampai umah di kampung. Mmg pecut habis. Berenti skjp isi minyak dan beli burger buat lapik perut.

Sampai-sampai jer, dah ada orang kampung dan saudara mara yang datang. Aku terus masuk rumah  dan kemas-kemas bilik air dan ajak anak buah aku angkat tempat mandi jenazah dari Surau ke rumah. Masa tue jenazah belum sampai dari Sungai Petani (kakak ipar aku dan  mak arwah actually pergi rumah kakak dia di Sungai Petani sebab dah lama x pergi) dan masih dalam perjalanan. Lbh krg pukul 2.30 petang, jenazah pun sampai. Aku bantu mengangkat jenazah. 

Sedih masa tue lihat kesedihan mak kakak ipar aku. Mak dia peluk aku dan aku cuma mampu berkata sabar banyak-banyak. Arwah anak bongsu keluarga dia. Selepas mak aku meninggal, mak kakak ipar aku kerap tinggal di rumah kami di kampung sebab kesihatan kakak ipar aku makin merosot. Dia la yang temankan kakak ipar aku di wad sementara abg aku pergi bekerja. 

Sementara abg aku bersedih dan berjumpa2 dengan kawan-kawan, saudara-mara dan orang2 kampung, aku uruskan hal-hal kain kapan dan bayaran2 utk upah mandi jenazah, solat jenazah, van dan sebagainya. Mulianya orang-orang kampungku, semuanya sedekahkan semula. Aku pun sempat ke kedai sekejap beli persediaan-persediaan utk majlis tahlil  malam tue. Pengalaman uruskan jenazah Arwah Tok  dan Arwah mak memudahkan urusan kali ini. Cuma dari segi emosi, kami sekeluarga belum bersedia cuma terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi.

Lebih kurang pukul 5.30, jenazah disolatkan, pukul 6 bergerak ke tanah perkuburan. Hujan renyai-renyai semasa talkin dibacakan.

Aku sangat sedih dan bersimpati dengan abg. Selepas berkahwin pada 26/6/2010, dia dan arwah x sempat gembira lama sebab kesihatan arwah x menentu. Dan selepas ulangtahun ke-2 perkahwinan mereka, mereka terpaksa berpisah selama-lamanya. Banyak dugaan yang abg aku tempuh. Dengan gaji yang x seberapa, dia terpaksa mananggung kos ulang alik ke hospital, kos perubatan arwah, terpaksa cuti tanpa gaji dan macam-macam lagi. Banyak lagi kisah-kisah yang aku x boleh kongsi yang terpaksa abg dan arwah lalui. Arwah juga pernah sanggup bermalam di wad dan menjaga arwah mak walaupun dia sendiri baru keluar wad ketika itu.

Dalam sebulan dua ini pun, abg aku sendiri x sihat. Ntah lah. Semoga abg aku terus tabah utk jaga seorang kakak aku dan rumah peninggalan arwah mak  dan bapa di kampung. Seperti kata-kata pakcik aku, peninggalan arwah kakak ipar ku ini ada banyak hikmahnya. 

Ya Allah ya Tuhan ku, cucurilah rahmat ke atas roh kakak ipar ku. Ampunkanlah dosa-dosanya dan tempatkanlah beliau di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi
Tabahkan hati mu abang ku

p/s: Gambar di atas nie menyedarkan aku betapa kurusnya arwah ketika pergi... dan macam x percaya betapa cepatnya arwah pergi meninggalkan kami...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...