Seberapa ramai di kalangan kita yang menitik-beratkan solat ketika pergi bercuti atau membuat perjalanan jauh? Saya yakin, ramai akan menggunakan alasan bermusafir untuk meringan-ringankan hal Solat sehinggakan Solat yang wajib itu terabai.
Jangan risau, Islam bukan untuk menyusahkan. Ada syarat, adab dan kelonggaran yang Allah telah tetapkan untuk kita menunaikan Solat ketika kita melakukan perjalanan yang jauh.
Syarat-syarat dan panduannya adalah:
SEMBAHYANG QASAR
Bagi orang yang dalam perjalanan, boleh memendekkan sembahyang wajib 4 rakaat dengan syarat berikut:
1) Jarak perjalanan sekurang-kurangnya 2 hari berjalan kaki atau 2 marhalah (menurut Jakim bersamaan dgn 89KM *Thx Piah Becok untuk peringatan nie)
2) Perjalanan bukan untuk maksiat
3) Sembahyang yang boleh diqasarkan hanya sembahyang yang 4 rakaat sahaja dan bukan qadha.
4) Niat qasar pada waktu takbiratul ihram
5) Tidak menjadi makmum kepada imam yang bermukim
SEMBAHYANG JAMAK
Sembahyang Jamak ialah 2 sembahyang yang dikumpulkan di dalam satu waktu misalnya Zohor dengan 'Asar dan Maghrib dengan Isya'.
2 Jenis Jamak : Jamak Takdim dan Jamak Takhir.
Menurut pendapat Imam Maliki dan Syafi'i apabila seorang musafir berniat untuk tinggal di suatu tempat selama 4 hari, maka dia mestilah melakukan sembahyang dengan cukup bilangan rakaatnya(Tidak Qasar) kerana Allah mengharuskan qasar dengan syarat musafir di muka bumi, oleh itu seorang yang bermukim atau berniat untuk bermukim tidak dikira sebagai musafir lagi, dan hadith telah menjelaskan bahawa kurang daripada 4 hari tidak memutuskan musafir(masih dikira musafir) dan menurut hadith riwayat Sahih al-Bukhari dan Muslim;
Maksudnya: Orang yang berhijrah, bermukim di sana selesai mengerjakan ibadah hajinya selama 3 hari.
Dan Nabi SAW melakukan qasar sembahyang ketika tinggal di Makkah selama 3 hari semasa baginda menunaikan umrah(Al-Durr Al-Mukhtar, Jil.1 Hlmn 772).
Jika seseorang yang bermusafir menunggu untuk menunaikan keperluan yang dijangka akan tertunai pada bila-bila masa sahaja atau keperluan yang diharapkan tercapai pada bila-bila masa sahaja atau memerangi musuh yang berlaku pada bila-bila masa sahaja atau bersedia untuk meneruskan musafir lepas satu hari ke satu hari pula, menurut pendapat ulama' Maliki dan Hambali diharuskan qasar sekalipun lama tempoh penungguan itu, selagi tidak diniatkan untuk tinggal di tempat itu, sebagaimana pendapat ulama' Hanafi.
Tetapi menurut pendapat Syafi'i seorang musafir tersebut berhak melakukan qasar selama 18 hari, tidak termasuk hari masuk dan hari keluar, kerana Nabi SAW melakukan qasar selama tinggal di Makkah pada tahun pembukaan Makkah dalam peperangan Hawazin.(Al-Durr Al-Mukhtar, Jil.1 Hlmn 772)
Rujukan: Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh (Dr. Wahbah al-Zuhaili)
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
2. Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
2. Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 4 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 4 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat Qasar dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Zohor dan Asar Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dihimpunkan kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dihimpunkan solat Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’ 2 rakaat dihimpunkan kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dihimpunkan solat Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
9 comments:
betol tu...
tak ramai sangat yang berhenti semayang masa perjalanan jauh
thank 4 sharing this inf0....sesoga sesama mendapat manfaatnya :)
TQ info yang sangat menarik =)
solat tiang agama =)
bagus info ni...cmne atok nak share kt fb?
kadang2 aku lupe/ kompius, psl jamak ni, so aku solat je penuh... hehehe
oh 80km ke? mase sekolah dulu cikgu cakap 90km. ade artikel agama cakap melebihi 84km. boleh rujuk sini kalu nak tau: http://www.apisbp.net/topics/artikel/2010/ukuran-2-marhalah.html
anyway, thanks. buleh refresh walaupun da selalu buat. kot2 ade tersasar, mana tau kan?
terbaru-->life is like a MEMERANG -->JU-ON BERTUNANGGG??????? -->BUSUKNYA HATI KAU!!!
thanks for sharing. balik kedah memang MN buat solat jamak dan qasar :)
pirate tak gitu?
bagus pengisian rohani ni..
Assalamualaikum Ali, Pe habaq? Akak kalau on the way tu, jamaq dan Qasar tapi bila dah sampai destinasi kat rumah mak (lebih 4 ari selalunya) akak buat biasa. Kalau kurang dr 4 ari buleh terus buat jamaq/qasar. Jamaq dan Qasar ni sedeqah Allah bagi kat kita, syukur Alhamdulillah. Thanx for the entry!
Post a Comment