My Followers

Saturday, June 18, 2011

Hari Ini Hari Apa???

Oh yeahh!!!! Sudah hari Sabtu. Hari untuk bersenang lenang, hari untuk bersantai-santai, hari untuk basuh baju, suar dan mengemas rumah. Hari Sabtu juga adalah hari untuk bergembira bersama keluarga, sahabat handai, kawan-kawan dan juga hari untuk keluar berbelanja!!!!

Tapi tunggu!!! Ingat tak pesanan saya dulu???

Saturday: no plastic bag day


Ok, kalau nak keluar shopping make sure to bring together your shopping bag with you all the time. Instead, it is good if we can use it everyday. Just fold it and put it your handbag or in your backpack. Ringan jer kot dan TIDAK menggunakan ruang yang banyak pun...

Together we support Live Green for a sustainable earth. Sementara menunggu Earth Hour 2012, jom ramai-ramai kita tunjukkan sokongan di sini, di 'Live Green' anjuran wwf.org.my. It's a lifetime action from us towards a greeny, refreshing and healthy earth! Bukan sekadar tutup lampu sejam ok!

Oh terlupa, apa tue 'Double A 60 Days Challenge'?

Ok now i'm blushing... Ada tak sesiapa yang dah add saya di Facebook? Kalau ada yang dah add mungkin akan perasan... eeee bulatnya mamat neh! Yeahhh saya semakin bulat (but not gebu ok!). Masalah berat badan yang semakin meningkat nie saya rasa disebabkan oleh gen yang terdapat dalam keluarga. Walaupun mak dan arwah bapa saya tidak gemuk tetapi gen itu sangat ketara dapat dilihat dikalangan ibu dan bapa saudara saya, abang saya dan juga kakak saya yang sulung dan ketiga. Ada juga di antara sepupu-sepupu saya yang agak boleh tahan untuk merosakkan jarum penimbang berat badan!

Berat badan naik nie juga agak ketara naik bila saya mula bekerja di Maxis pada tahun 2005. Saya keluar Maxis pada tahun 2008 dengan berat badan 68KG! Xla berat sangat tp BMI saya dah mengatakan, Hello... ko dah overweight la..! Jangan perasan tough lagi! Disebabkan tue saya kawal berat untuk tidak melebihi 70KG dengan aktif di Celebrity Fitness. Tp malangnya, aktiviti di gym pun gagal bagi saya sebabnya sekejap pegi, sekejap tak. Penat seh... Nie pun dah bape lama x pegi neh. Alasannya, Kad Ahli ilang :p

Saya tak mau jadi gemok!!! Sangat tidak sesuai untuk lelaki yang tak seberapa tinggi seperti saya huhuuuu... 
Walaupun berat badan saya xla terlalu berat tetapi saya rasa, perlu lakukan sesuatu untuk mengawalnya dari terus naik. Saya pernah menjadi remaja yang terlalu kurus sesama zaman sekolah. Siap boleh kira tulang-tulang rusuk hehhehe. Saya juga pernah rasa jadi lelaki yang tough (heheheh perasan gila) tapi bila dah mula nak beli seluar dan baju kat kedai pun rasa macam susah, I think, I need to start with something immediately!

Ilham saya datang dari Abazazilah! Kawan baik saya yang dah berhenti kerja di sapura dan balik ke Kedah semata-mata untuk menjaga arwah bapanya yang sakit ketika itu (Al-Fatihah untuk arwah bapa beliau). The 'Double A' stand for my nickname and her name. We are competing each other to lose the most in 60 days. She shared with me one blog and its really inspiring... 


Baca sendiri dan kalian akan tahu... 

Just for sharing, my weight reached the highest in my history when it reached 71.2KG last Sunday! The number that I try to avoid all this years... Nevermind, I still got the time and my target only to reduce to 63KG to achieve my ideal body weight. It is almost a week and tomorrow I will share my current weight. Rasa tak sabar nak melihat hasil selepas seminggu hehehhe

That's all for now, happy weekend guys!!! 

6 comments:

aBaTiFuLsToRy said...

esok adalah hari yang dinanti2kan :)kita lihat siapa yang kena....ahahahaha

Cikgu Badar said...

kalau nak jugak bag plastik..kena bayar 20 sen

Dyanna said...

Oo.. Ni rupanya 60 daya challenge. Sangat bagus!

Betullah, bila kerja mmg susah nk jaga berat badan pasal asyik dok ikut member2 makan luar. Dulu pun naik banyak gak. Lepas berenti keje, sambung study ni dah ok skit pasal control makan. Elaun student la katakan..

Sesungguhnya exercise saja tak leh berkesan sgt utk kurang2 berat badan, kena jaga makan.

Ali tak nk try makan jamu ke? Ramai kawan2 saya yg kurus balik lepas bersalin bila depa makan jamu :p

shknysf said...

selamat berjaya ok!

WanFadhilah said...

gud luck ya! semoga berjaya. aish.. nampaknya sya pun nak turunkan berat badan jugak la.. huhuhu

Unknown said...

Aba - kul 8 mlm nak timbang hahahha berdebar2 lak rasanya

Cikgu - dlm blog siap pesan kat org, skali mlm td gi tesco terlupa bwk beg hehehe

Dyanna - tau xpo. Bila keje dpt gaji makn byk celebrate itu ini... mana x naik aduuhhh

shknysf - tq. awak dah kuruih xpola....

WanFadhilah - thx. jom ramai2 heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...